CUKUP SAMPAI DI SINI

Entahlerr

Romance Series 44443
5
(278 ratings)

Synopsis

AIRIS ingin mencari calon suami yang benar benar ikhlas bersamanya tanpa memandang rupa atau harta. Oleh kerana hasratnya itu, Airis terpaksa berpura pura menjadi orang gaji di rumah kawan kepada mama kawannya. Hasrat ingin mengambil hati Danish Ashraff, anak kedua Datin Wahida dan Dato' Ariff terbantut apabila lelaki itu telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di London. Kembalinya Daniel Ashraff dari Tokyo membuatkan hidup Airis menjadi kucar kacir. Pernah sekali Airis bertekad ingin berhenti kerja kerana si lelaki bernama Daniel itu asyik mengganggunya membuat kerja. Entah apa yang berlaku sehingga Airis dan Daniel mengambil keputusan untuk bernikah. Apabila ditanya, pasti mereka akan memberi tahu bahawa mereka saling menyukai antara satu sama lain. Sebenarnya, Daniel menginginkan syarikat papanya tapi bersyarat perlu mempunyai rumah tangga dahulu. Dia ingin menjadikan Risya sebagai isteri tetapi gadis itu belum puas menikmati zaman modelnya. Jadi terpaksalah Daniel mencari gadis lain. Secara kebetulan, ada keaiban Airis yang diketahuinya, membuatkan Airis terpaksa menikahi lelaki itu. Bunga bunga di hati mulai kembang mekar apabila perkahwinan mereka yang disangka akan menyusahkan menjadi detik detik yang bahagia. Selama itu, Airis merasakan bahawa dialah wanita yang paling bahagia. Bagi Daniel pula, dialah lelaki yang paling pandai membahagiakan seorang isteri. Sehinggalah beberapa bulan kemudian, Daniel mula berubah menjadi orang lain dan perkara itu telah melukai hati Airis. ___ *NOVEL INI SEDIKIT TAK MASUK AKAL SEBAB MASA TULIS DULU. AUTHOR KURANG MATANG DAN SAMPAI SEKARANG MASIH TAK MATANG JUGA. JADI NAK BACA BOLEH, TAPI KALAU PERCAYA JANGAN.


Share this novel

Rate this story


Comments

Bunga Lily
2021-09-15 

up lagi please

faeza
2021-06-28  1 Replies

bila nk update lagi sis

Rudy Jali
2021-05-25  1 Replies

boleh lengkap kan cerita ni terharu nak baca sampai habis best cerita ni

Entahlerr

119 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience