Secret Romance

Orked Ungu

Romance Series 818940
4.9
(8683 ratings)

Synopsis

Rahsiakan cinta ini, cukup hanya kita yang tahu. Iris Medina nama yang cukup cantik, secantik wajahnya. Namun cantik itu hanya pada wajah bukan hati. Iris adalah pewaris syarikat keluarganya kerana dia satu-satunya cucu tunggal Tan Sri Idris. Kemewahan yang dimiliki membuatkan dia jadi sombong, bongkak dan ego. Namun semuanya berubah selepas dia bertemu dengan Hud Ukasyah. Ya dia jatuh cinta pandang pertama dengan lelaki itu. Maka bermulalah misi memikat si teruna. "Kalau betul Di cintakan abang, jom kita kahwin." Semudah itu Hud mengajak dia berkahwin. Namun kerana cinta, Iris menerima Hud seadanya. Walaupun hakikatnya dia dan Hud bagaikan langit dan bumi. Iris tahu Tan Sri Idris tidak akan merestui hubungan mereka, jadi dia sanggup buat kerja gila dengan mengajak Hud bernikah di Thailand. Mereka bersatu juga akhirnya tetapi tiada siapa yang mengetahui mereka adalah pasangan suami isteri. Di pejabat Iris adalah majikan Hud, di rumah dialah bidadari Hud Ukasyah. Mereka bahagia melayari bahtera perkahwinan walaupun secara rahsia. Namun disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perkahwinan yang dirahsiakan itu akhirnya terbongkar setelah Iris disahkan hamil. Tan Sri Idris mengamuk. Iris dibuang keluarga. Hud pula diberhentikan kerja. "Mulai hari ini kau bukan cucu aku lagi. Jangan pernah kau berani jejakkan lagi kaki dalam rumah aku!" - Tan Sri Idris - Janji yang pernah dilafaz dikhianati oleh Iris sendiri. Iris membuat keputusan untuk meninggalkan Hud. "Lepas jer awak melangkah tinggalkan saya dulu, saya anggap yang awak dah mati Medina" - Hud Ukasyah - "Kalau dah tak ada langsung rasa cinta untuk saya kenapa awak masih tak nak lepaskan saya?" - Iris Medina- Masihkah ada ruang di hati Hud untuk menerima Iris kembali? Masihkah ada peluang kedua untuk mereka hidup bahagia?


Share this novel

Rate this story


Comments

Chejahadnan Chejah
2022-02-27 

harap update kembali novel ni ..

Chejahadnan Chejah
2022-02-27 

o.u...mana pergi novel ni

Asmiah Asnal
2021-11-02 

Tq publish kak ')

Orked Ungu

3464 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience