Takdir Itu Rahsia Miliknya

NadzYasz

Romance Series 40213

4.9 (409 ratings)

Synopsis

Prolog Bonda bagi pilihan kat Juhari. Sama ada Juhari cari pilihan sendiri atau bonda yang carikan. Dalam masa sebulan nie, kalau tidak ada pilihan jugak. Bonda jodohkan dengan Natasya. Datin Salwa saja bagi amaran dekat anak terunanya itu dengan tegas. Terdiam semua ahli keluarga yang lain termasuk Dato Naim melihat Isterinya itu. Datin Salwa bukan jenis suka jodohkan anak-anak nya tapi Datin Salwa nak anaknya bahagia.. Bukan dari pilihannya tapi pilihan anaknya sendiri. Natasya!! "Juhari terdiam tanpa kata- kata". Ohh tidak!!! kata hati Juhari. . . Akak... "Ya mak" jawab Juhanna Akak bila nak cari mak menantu lelaki. Sambil senyum lebar kat anak sulungnya itu. "Ahhh.."Terkejut Juhanna soalan maknya itu, lama jugak mak dia tak berbunyi. Mak kan dah ada 2 orang menantu. Menantu lelaki ada! Menantu perempuan pun ada! Siap sekali pakej ada 5 cucu pun. Jawab Juhanna selamba dengan soalan maknya itu. Saja Juhanna buat-buat tak faham. Akak bukan muda lagi, akak dah 35 tahun kan tahun nie. Saudara mara dan kawan-kawan mak. Asyik tanya pasal akak je bila nak kahwin. Jelas maknya lagi dengan nada lembut. Mak! Lembut suara Juhanna. Sambil tersenyum. Biarlah apa diorang nak cakap. Akak nak jaga mak dengan Ayah lagi. Lagi pun kalau jodoh dah sampai nanti akak kahwin lah. Jelas Juhanna panjang lebar. Tapi kan Akak? Mak ada calon kalau akak nak. "Ahh." Sudah, Mak aku dah buat hal. Detik hatinya berkata. Terkejut Juhanna, apa yang mak dia cakap. "Mak. Mak." Jap! jap! Ada orang call lah. Mesti pakwe Akak call lah tu . Nanti yek, kita sambung bincang. Juhanna tiada idea nak cakap apa kat maknya itu. Nasib baik fon berbunyi. Selamat Malam Mak. Muah. Muah. Juhanna terus melarikan diri dari maknya, nak carikannya jodoh. Pakwe call..?? "hahahaha" Sapalah yang nasib malang tu, malam- malam nie jadi pakwe aku. Tergelak Juhanna dalam hatinya. Dalam talian; Encik Juhari?? . . . Tiada siapa tahu Takdir Jodoh , Ajal maut itu datang. Tiada siapa tahu bila cinta itu akan hadir. Dan tiada siapa tahu, hati yang kita miliki ini milik siapa. Bila usia kita sudah jauh meninggalkan kita. Bila usia kita makin meningkat. Pasti hati bergelora penuh tanda tanya? Makin hari memikirkannya makin sakit dirasai oleh hati. Bukan kerana hati pernah kecewa atau patah hati. Sampai belum bersedia menerima cinta. Bukan tiada jodoh antara kau dan aku. Bukan tidak pernah usaha. Bukan jugak hanya menyerah pada Takdir. Cuma pertemuan antara dia dan aku belum menyatukannya. Takdir yang menentukan segalanya. Tiada siapa yang tahu. Kenapa ramai diluar sana memilih untuk bersendirian. Ada jugak memilih untuk lari pada takdir hidup mereka. Bila hati kita bermain dengan perasaan. Emosi sangat menguji hati itu sendiri. Masing- masing percaya Takdir itu rahsia miliknya. Bukan pasrah, bukan juga menyerah tapi mereka percaya cinta pada yang Esa, yang telah menyatukan cinta mereka. Percaya pada hati. Percaya jugak pada perancanganya. Kerana! Mencari kesetiaan dan kejujuran dalam sesuatu hubungan nampak mudah tapi susah untuk ditemui. Cinta yang hadir tidak mengenal usia tua atau muda. Tapi! Bila sudah ditentukan takdir itu. Temuilah kebahagian itu. Bahagiakah atau tidak sesuatu hubungan itu. Semua itu adalah Rahsia dalam kehidupan, tanpa kita ketahui. Bermulalah kisah cinta Juhari dan Juhanna. Pertemuan tanpa sengaja, akhir menyatukan mereka. Cinta yang wujud tanpa disedari. Bahagia? atau tidak hanya mereka yang tahu.


Rate this story

Share this novel

Fiza Afiza
2021-04-22  1 Replies

haha pelik betul mengidam tu Hana oi...nasib nk naik bukit je kalau buat nk main roler coster aduh camne tu hahaha

saramijie
2021-04-22  1 Replies

Pelik2 je dia mengidam..aduh...

Bunga_waly
2021-04-22  1 Replies

juhana oh juhana pening lo abg juhari ko tu....

NadzYasz

246 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

CINTA TANPA RELA

MISS ADA

Cinta yang hadir

Rosella

cinta sedih

anis atikah

SARANG CINTA KITA

KALISA