"Love doesn't always ends well." Tersentak. Tangan yang baru mahu menggapai sebuah buku berwarna hitam itu terhenti. Dia berpaling laju. Rambutnya yang semulajadi keperangan sedikit dan lebat beralun itu ikut bergerak memukau mata untuk beberapa ketika. "Tuah..." Sengih disembunyi. Macam bayang, lelaki ini mengekor sahaja geraknya. Pelik. Apa aku dan kau ada termakan magnet ke masa kecik-kecik dulu? "Kau suka berfantasi." Mata lelaki itu jatuh pada susunan buku di dalam bakul, yang telah dipilih oleh gadis di depannya. Semuanya fairy tales. Tak pernah berubah. Dia senyum malas. Berpaling semula dan buku berkulit warna hitam itu dicapai dan diletakkan di atas meja. Menambah lagi koleksi. "Hidup saya sendiri seakan fantasi. Yang saya sendiri keliru, entah betul atau tidak. Kadang sayang terfikir, mungkin saya tak akan bangun lagi." Mata mereka saling bersabung untuk beberapa ketika sebelum bebola mata lelaki itu turun merenung buku yang baru dipegangnya. Senyum diukir membuatkan kening orang depan dia tu berombak. "The princess can be welcomed from her death sleep by only one true love's kiss." "Maleficent. Awak— Awak tahu?" "Semua tentang kau, aku tahu." Wajahnya didekatkan dengan senyum senget dipamerkan. Sangat menggoda. Sangat menggerunkan juga. "So should I kiss you to wake you up, princess?" Tolong... Tolong ingatkan aku tentang kita. Loving you, TUAH.
View All Chapters (Total 16 Chapter)
Update 09 November 2020
2021-08-02
maaf menganggu, jemput singgah baca novel saya Road To Happiness and Suamiku Mr Secret, thanks
2021-08-02
hi there! invite to come my novel Mr Luth : My Prince Charming. tq dear :)
2021-07-14
Hai semua! Maaf tumpang iklan. Jemputlah baca novel saya, "Tersusun Indah Takdir Kita". Terima kasih semua. Harap anda semua dalam keadaan baik-baik sahaja. :-D