HASRAT

SHINKIRA

Drama Series 433321
5
(2120 ratings)

Synopsis

LUTH BADRIZ seorang jejaka yang sangat penyayang dengan isterinya, MELLISA NATALIA tetapi bukan dengan pemilik nama ESLINA DAHLIA. Gadis yang diambil sebagai anak angkat di dalam keluarganya. Sejak kedatangan gadis itu dalam hidupnya, segala-segala berkaitan gadis itu dibenci olehnya. Bermula hanya satu perkataan iaitu HASRAT telah menyebabkan Luth Badriz terpaksa disatukan dengan gadis yang paling di bencinya itu sebagai isteri kedua kepada dirinya bagi menggantikan abangnya, NOAH HADRIZ. Apasal malang sangat hidupnya terpaksa berkahwin dengan Eslina Dahlia. “Saya tak kisah pun kalau awak nak ceraikan saya sekarang, Luth .... Lepaskan saya dan hubungan kita tak kan pernah terjadi lebih .... Dan saya boleh terus berkahwin dengan Abang Riz lepas ni.” ESLINA Tak semudah itu. "Aku akan pastikan hidup kau menderita, Eslina.” LUTH Dia berniat untuk melepaskan gadis itu setelah puas menyeksa perasaan Eslina sebagaimana seksanya hatinya selepas kehadiran gadis itu dalam kehidupannya. Luth tidak akan pernah jatuh cinta kepada Eslina. Tidak akan pernah wujud istilah itu dalam kamus hidup Luth Badriz buat gadis yang dibencinya itu. Dia akan membuat gadis itu tunduk kepadanya. “Kau tak cintakan Eslina kan. Kalau kau nak terus seksa perasaan dia baik kau pulangkan dekat aku.” HADRIZ Tanpa berfikir panjang, Luth telah berjanji untuk melepaskan Eslina semula kepada abangnya apabila masa itu tiba. “Saya nak jadi isteri awak yang sebenar-benarnya, Luth. The real wife for Luth Badriz.” ESLINA Namun, keputusan gadis itu untuk terus hidup bersama dengannya menyebabkan Luth benar-benar terkedu. Eslina telah berubah dari seorang isteri yang derhaka kepada isteri yang sangat menghormati suaminya. Sejak itu, Luth sedar bahawa dia juga telah jatuh cinta kepada isteri yang dibencinya itu. Eslina berjaya meruntuhkan kebencian yang terbina antara mereka. Luth termakan dirinya sendiri. Dia terperangkap antara janji-janjinya. “Saya tak nak kecewakan awak, Lia. Saya cintakan awak.” LUTH Walaupun hatinya meronta untuk mencintai Eslina tetapi hati dan perasaan Natalia adalah yang pertama perlu dijaga. Dia tidak akan sesekali menyakiti wanita kesayangannya itu. Cukuplah sekali dia buat Natalia menangis dengan perkahwinan keduanya ini. Akan dipastikan tiada tangisan kedua dalam hidup Natalia daripada lelaki bernama Luth Badriz. Itu sumpahnya. "Patutkah aku undur diri?" NATALIA Cinta segi tiga adalah cinta yang mengelirukan. I want you, you want her, she wants him, and him wants me. Hanya kerana HASRAT itu kehidupan mereka benar-benar berubah. Lagu feeling-feeling novel ini: •BERTAHAN TERLUKA - FABIO ASHER •CINTA DAN BENCI - GEISHA •CINTA DALAM HATI - UNGU •TAK MUNGKIN BERSAMA - JUDIKA •LUMPUHKAN INGATANKU - GEISHA •PUTUS ATAU TERUS - JUDIKA •BAGAIMANA KALAU AKU TIDAK BAIK-BAIK SAJA - JUDIKA •SEMPURNA - INSOMNIACKS #TAK BISA MEMILIH MU - SIXTH SENSE (theme song) START : 03.1.2022 END :


Share this novel

Rate this story


Comments

Fantasy's
2022-05-26 

Hai. Jemput baca novel terbaharu saya "Ghost Detective". Jom singgah ^_^

Shylah@NovelPlus
2022-05-26 

Hi Shinkira, saya Shylah dari Novelplus. Sila hubungi saya di talian 013-2055107. Terima kasih

Safiela Azme
2022-05-25 

go go luth buat smpai Es rindu2an klu luth xdtg kacau nt...buat Es tertggu2 luth plk lps ni...hehehe biar sm2 angau

SHINKIRA

660 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience