Tanpa Batas Waktu

nao

Fantasy Series 1196
5
(7 ratings)

Synopsis

~Rindu terus bersemi, walau musim berganti~ Pekan Scarlette menyambut Hari Memperingati Sekolah Saint Mary tiap-tiap tahun sehingga menimbulkan tanda tanya dalam hati Inara akan peristiwa di sebalik hari memperingati itu. Rupa-rupanya, sekolah itu terlibat dalam kebakaran hingga mengorbankan nyawa hampir seluruh penghuni asramanya. Jed Grayson, pemilik sekolah itu menjadi suspek utama dan akhirnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Suatu hari, Inara menemukan jirannya Mak Cik Annie sedang menangis di bawah sebuah pohon. Dari situlah bermula episod kehidupan Inara menjadi huru-hara. Ketika nyawanya diambang bahaya, dia bertembung dengan seorang lelaki misteri yang rupanya adalah Jed Grayson! Bagaimana mungkin lelaki itu muncul di hadapannya sedangkan penjenayah terkenal itu sudah dihukum mati 20 tahun yang lalu??? *** “Tahu tak apa simboliknya pohon sakura?” soal Jed memecahkan benih-benih kesepian yang bercambah antara kami. Aku geleng. “Sakura ni boleh membawa makna kepada permulaan hidup baru. Tapi, sakura juga mengajarkan kepada kita yang keindahan itu hanyalah sementara.” “Keindahan yang sementara?” Jed angguk. “Ya, sakura hanya menebarkan pesonanya selama dua minggu sebelum kelopaknya jatuh menyembah bumi. Ini juga bermakna yang hidup ini singkat. Jadi, sakura signifikan kepada hidup dan mati.” “Ohhh...” aku terangguk-angguk dengan mulut yang membulat. “Menarik betul makna di sebalik pohon sakura ni,” komenku jujur. “Kan??” “Mesti pohon ni sangat istimewa di hati awak kan Jed?” Jed tersenyum lirih. “Ya, sangat.”


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

nao

3 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience