'Ghostwriter' Itu Isteri Aku

AshDinaRaa

Romance Series 68321
5
(2075 ratings)

Synopsis

Sinopsis Tekanan dan desakan hidup menemukan mereka di alam maya. Qira Alia dan Quds Aryan sama-sama mahu menyelesaikan masalah yang menimpa diri mereka. Qira mahukan duit untuk membuktikan yang dia boleh hidup senang walaupun tidak menyambung pelajaran ke Universiti selepas menamatkan persekolahan di tingkatan 6. Quds pula seorang jejaka berusia 35 tahun yang sangat cintakan kerjanya. Dia mengusahakan syarikat miliknya sendiri setelah sekian lama. Namun akhir-akhir ini dia mengalami masalah apabila dia agak ketinggalan dalam menggunakan kaedah marketing online seiring peredaran zaman. Quds perlu menyelesaikan masalah persaingan menggunakan pemasaran online dalam syarikatnya. Syarikat yang diterajuinya agak ketinggalan dalam marketing alaf digital ini. Jadi Quds perlu mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalahnya. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang Ghostwriter di alam maya dan mengupahnya untuk menyediakan content di semua sosial media milik syarikatnya. Dalam masa yang sama, Quds dipaksa berkahwin oleh ibunya yang sudah berkenan dengan anak bekas pembantu rumahnya yang muda 15 tahun dari dirinya. Untuk menolak permintaan ibunya adalah sesuatu yang paling sukar. Lalu dia menerima dengan perancangan yang sudah siap dirancang. Qira pula disuruh memilih antara menyambung pelajaran atau berkahwin. Dia lebih rela berkahwin dari menyambung pelajaran yang tak kan pernah habis. Kebetulan bakal suaminya juga terpaksa menerima dan mereka telah merancang sesuatu yang memberi kemenangan pada kedua pihak. Jadi mereka bersepakat untuk meneruskan perkahwinan itu. Tanpa Quds sedari Qira adalah ghostwriter misteri yang diupah selama ini. Apakah yang akan terjadi bila semua rahsia ini terbongkar? Adakah mereka akan meneruskan ikatan perkahwinan tanpa rasa cinta ini? Atau mereka meneruskan perancangan yang telah dipersetujui sebelum ini? Semuanya akan terbongkar dalam "Ghostwriter itu isteri aku!" 'Dari tinta terlakar cinta'


Share this novel

Rate this story


Comments

Norimah Mutalib
2022-01-27  1 Replies

sis...dlm NP ada update x....

iris aina
2022-01-27  1 Replies

dalam ebook sampai ending ka..mcm mn nk beli

Norazilah Rasol
2022-01-26  1 Replies

best sgt cerita ni.. maraton baca dlm ebook..

AshDinaRaa

1472 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience