BACAAN MATANG! "Hana cinta dan sayangkan abang sepenuh hati Hana, tapi Hana perlukan abang dalam hidup Hana dan bukannya dengan limpahan harta yang Hana tak inginkan, salah ke Hana minta sedikit perhatian dan masa dari abang? Tapi lain yang Hana dapat, sebuah kecurangan dari sebuah keegoan abang! Sehinggakan cinta kita terkubur dengan sebuah kesilapan yang tak pernah Hana buat. Hana silap kerana terlalu percayakan cinta 'agung' yang abang selalu ucapkan, cinta tu tak pernah sekali pun abang ikhlaskan untuk Hana, Hana hanyalah tempat persinggah abang untuk lupakan cerita cinta abang yang gagal sebelumnya! dan Hanalah mangsanya. bukan Hana dibela tapi dicampakkan tanpa Hana rela." Hana Qadeeja. "Hana, Hana isteri abang yang abang sangat sayang dan cintakan sepenuh hati abang, tapi kesilapan abang adalah abang tak berlaku jujur pada Hana, abang tersepit antara mama, Hana dan bekas kekasih abang Anita.. tapi hati abang masih belum mampu melupakan sang kekasih yang dulu pernah tinggalkan abang.. abang tak mampu ditanggalkan dia, dan abang juga tak mampu kehilangan Hana.. apa yang harus abang buat? Hana jangan anggap semua kesalahan tersebut diatas pundak abang seorang, Hana juga ada egonya! Sehinggakan abang hilang kepercayaan pada diri Hana, dan Hana adalah penyebab semua tu berlaku dalam hubungan kita berdua!" Ean Yousoff. "Ean, kau selamanya milik aku, walaupun sejauh mana aku pergi dan selama mana aku pernah tinggalkan kau.. kau tetap akan menjadi milik aku! aku akan dapatkan kau jika perlu bermandi darah sekali pun.. Dan kau perempuan selamanya menjadi orang tengah untuk aku dapatkan Ean, jadi aku harus hilangkan kau dari hati Ean!." Anita. "Hana, kalau kau letih, kau sentiasa ada aku untuk kau sandarkan luka dan duka kau.. aku akan bertahan demi kau, aku mungkin bukan lelaki yang hebat seperti cinta hati kau, tapi aku mampu buat kau tersenyum sentiasa jika kau izinkan aku bertahta dihati kau.." Ezra Mikhael.
Update 09 May 2025
2025-05-03 1 Replies
baik
2025-04-23 5 Replies
ni uc citer ke author?