Series
Terbit setiap hari, pada jam 3.00 petang Dhia Raisya pernah menjadi anak kesayangan, hidup dalam limpahan kasih sayang dan kemewahan. Namun segalanya musnah sekelip mata apabila kedua-dua orang tuanya pergi buat selamanya. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung bertukar menjadi neraka. Nenek, atuk dan abang saudaranya sendiri menzalimi dia tanpa belas kasihan kerana harta. Walau jiwanya hampir hancur dan hidupnya pernah berada di hujung tanduk, Dhia Raisya tetap bertahan, mengingati pesan ibu dan ayahnya untuk terus kuat walau dunia tidak adil. “Kau pilih nak jadi isteri aku dan serahkan semua saham atau…nyawa kau hilang!” - Irsyad Tiga bulan terlantar di hospital tanpa sesiapa mengetahui kewujudannya, Dhia Raisya membuka mata dan menemukan seorang lelaki yang nampak dingin, Eliyas Maleeq. Lelaki yang terasa asing, namun seolah-olah pernah hadir dalam hidupnya. “Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya terhutang budi dan… nyawa dengan awak.”- Dhia Raisya “So? Maksudnya… kaki, tangan, mulut, kepala dan seluruh diri you dah jadi milik I. I yang selamatkan nyawa you. Why not we make it official? Itu pun kalau you tak nak hampir kehilangan nyawa lagi.” - Eliyas Maleeq Demi melindungi diri daripada terus disakiti, Dhia Raisya menerima satu tawaran yang tidak pernah terlintas di fikirannya, lamaran daripada Eliyas Maleeq. Kerana siapa yang berani menyentuh hak milik seorang CEO berpengaruh? Bagi Eliyas, Dhia Raisya bukan orang asing. Wanita itu tidak pernah hilang dari ingatannya selama sepuluh tahun. Perkahwinan ini bukan sekadar perlindungan tetapi juga satu dendam yang tersimpan lama terhadap Irsyad. “Awak tahu keluarga saya bencikan saya. Jadi kenapa awak jadikan saya senjata dendam awak? Awak langsung tak berniat nak lindungi saya, kan?” - Dhia Raisya “I sanggup lindungi you lebih daripada nyawa I sendiri. I takkan sia-siakan peluang yang I tunggu bertahun-tahun. Tolong letakkan sedikit kepercayaan pada I.”- Eliyas Maleeq Apabila perkahwinan bermula sebagai pelindung, mampukah ia berakhir dengan cinta?
Update 13 February 2026