Series
29420
Daizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Tepat Daizy berusia 21 tahun, Levent melamarnya menjadi isteri. Namun tanpa Levent ketahui, Daizy menerima lamarannya kerana wanita itu mempunyai matlamat. Daizy sengaja menerima lamaran lelaki kaya agar dapat membiayai rumah anak yatim itu. Awal pernikahan mereka dipenuhi dengan kemesraan dan keromantisan. Sehingga Daizy mulai rimas dengan sikap cemburu buta Levent. Hampir dua tahun bersabar, Daizy akhirnya kalah dengan sikap suaminya. Dia memilih untuk pergi dari hidup Levent. Hal itu telah menyebabkan pertengkaran besar berlaku. Daizy bertindak melarikan diri selepas mencederakan suaminya tanpa sengaja. Kini, misi Levent Haidar adalah untuk membawa sang isteri kembali ke dalam hidupnya. Namun bagi Daizy, dia tidak mahu jatuh ke dalam lubang yang sama, dua kali.
Update 06 December 2024