Series
Terbit setiap hari, pada jam 5.00 petang. “Saya mengandungkan anak Fadlan…” Dua hari sebelum hari bahagianya, Hanan diuji dengan satu pengakuan yang cukup untuk meruntuhkan seluruh kepercayaan yang pernah dia bina. Menangis? Mestilah. Tapi berkahwin dengan lelaki yang tak setia? Itu bukan pilihan. Tanpa drama panjang, Hanan terus batalkan pernikahan dengan Fadlan. Biarlah orang kampung nak mengata, yang penting dia tak mahu jadi isteri kepada lelaki yang dah hancurkan hatinya sendiri. Namun, dalam sibuk menangisi nasib, Hanan terlupa satu perkara kecil dan kesilapan kecil itu membawa masalah besar apabila esok paginya, Hanan hampir menjerit satu rumah bila nampak seorang lelaki asing terbaring di bawah katilnya. “Perompak! Pencuri! Perogol!” – Hanan “Shhh! Saya bukan perompak, pencuri, perogol… saya cuma tumpang menyorok!” – Arfan “Tumpang menyorok kepala otak awak! Ini bilik orang, bukan tempat awak nak main sorok-sorok!” – Hanan Keadaan makin huru-hara bila keluarga Hanan nampak ‘tetamu tak diundang’ itu dalam bilik anak dara mereka. Walau Hanan bersumpah dia tak kenal lelaki tersebut, dan Arfan pula cuba menjelaskan dia cuma melarikan diri daripada orang yang mengejarnya tapi semuanya tak lagi penting. Yang penting maruah keluarga. Dan lebih kebetulan rupanya keluarga Arfan dan Hanan memang saling mengenali. Tak perlu bincang panjang. Tak perlu fikir lama. Majlis yang sepatutnya menjadi pernikahan Hanan dan Fadlan bertukar menjadi majlis pernikahan Hanan dan Arfan dalam sekelip mata. “Kenapa saya tak boleh tidur sebilik dengan awak?” – Hanan “Pagi semalam nampak saya dalam bilik awak… menjerit macam nampak hantu. Sekarang bukan main gatal nak tidur sebilik?” – Arfan Bagi Hanan, walaupun perkahwinan itu terjadi tanpa cinta tapi dia tetap mahu jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dari perkahwinan ekspres tanpa cinta… mampukah Hanan ubah Arfan daripada lelaki gilakan kerja menjadi suami yang akhirnya gilakan dia?
Update 06 April 2026