Tahun 2029, wabak misteri melanda negeri Sabah secara tiba-tiba. Jemma terperangkap di Kota Kinabalu selepas terpisah dari sahabatnya, Mikayla dan Ann. Dalam usaha bertahan, dia bertemu sekumpulan individu yang turut melarikan diri dari situasi merbahaya. Namun, keadaan semakin buruk apabila mereka menemui petunjuk bahawa wabak ini boleh menyebabkan manusia yang mati hidup kembali. Dengan masa yang semakin suntuk, Jemma perlu mencari sahabatnya, bertahan dalam dunia yang menakutkan dan menghadapi ancaman yang jauh lebih besar daripada sekadar mayat hidup. Apakah kesudahan Jemma dan rakan-rakannya? . . . . . DISCLAIMER: Cerita ini adalah karya fiksyen. Sebarang persamaan dengan individu, organisasi, atau kejadian sebenar adalah kebetulan semata-mata. Lokasi atau nama-nama tempat yang digunakan adalah sebagai latar untuk menambah realisme, tanpa niat untuk menggambarkan keadaan sebenar tempat tersebut. Pesanan: Cerita ini akan mengandungi banyak dialog yang menggunakan slang Sabahan, jika anda rasa anda seorang yang racist tolong jangan baca cerita ini. Terima Kasih. Inspired by : THE WALKING DEAD & TRAIN TO BUSAN
Update 13 April 2025