Dia? Seorang pelatih di sebuah syarikat terkemuka. Dalam meniti perjalanan dunianya yang tunggang terbalik di tempat kerja, dia terang-terangan menyukai salah seorang teman sekerjanya yang telah berada di syarikat tersebut selama 9 tahun. Jejaka yang disukainya itu memiliki paras yang tampan, kemas dan punya daya tarikan yang aneh tapi memikat. Kalau dia berjalan di pasar, para gadis akan menoleh sampai terkehel urat leher. Namun kekurangannya cuma satu. Mukanya tiada perasaan dua puluh empat jam dan dia tiada kekasih. "Hazul!" Dia terkejut bila aku tiba-tiba ada depan dia. "Kau boleh tak jangan buat macam tu? Kau nak aku benci kau betul-betul ke?" Agaknya kalau lagi sekali aku buat macam tu, terus jadi sate aku ni. Eee! Suka betul tengok muka dia! Handsome sangat! Lagi-lagi bila dia buat muka toya dia tu. "Tak payah nak tenung aku sangat. Kau nak apa?" Tengok je pun, bukan aku cabul kau pun. "Macam biasa. Nak mengurat kau. Bila kau nak jadi boyfriend aku?" Saja aku kedip mata kat dia tapi dia ni memang makhluk yang kebal jiwa raga ke apa? "Terima kasih je laa. Aku tak nak." Dia jalan terus dengan senyuman sinis tu, Bila dia dah jauh sikit, sengaja aku jerit nama dia dan seperti yang aku jangkakan, dia terkejut. Comel. "Kau nak apa lagi?" Dah muka dia tu macam nak bunuh orang pulak dah. "Aku suka kau!" Terus dia pusing balik sambil julingkan mata. Aku toleh kiri kanan. Nasib baik tak ada orang. Kalau tak, malu setahun aku karang.
Update 13 August 2025