Series
107
"Aku tak sangka aku akan cintakan kau lebih daripada aku cintakan kehidupan aku sendiri. Sumpah! Dengan semua makhluk sebagai saksi, aku akan cari serpihan hati kau di seluruh pelosok dunia, syurga dan neraka! supaya kau boleh hidup disamping aku sehingga semuanya bersepai menjadi debu." Kata-kata yang terzahir dari mulut seorang Putera Mahkota Neraka yg baru dinobat menjadi Raja Neraka. Baik atau jahat, bukan itu persoalannya, namun yg berlegar-legar dalam dunia pemikiran dan perasaannya adalah kemurungan dan rasa sakit yg menikam seluruh jiwa dan raganya akibat kehilangan Ratu hatinya. Semua makhluk dari Dunia neraka,syurga dan dunia manusia turut berkabung melihat Raja Neraka yang baru bersedih. Mengapa?Bukankah gelaran Raja Neraka itu seharusnya menggambarkan kebengisan dan kejahatan raja neraka itu dan membuat semua makhluk membencinya? Mengapa semua makhluk malah bersedih dan mengasihaninya seperti raja neraka itu adalah seorang raja syurga? Ternyata, kisah pertemuan, pengembaraan, persahabatan dan percintaan antara Putera Mahkota Raja neraka dan seorang perempuan manusia berketurunan Puteri syurga telah tersebar ke seluruh tiga alam ajaib sejurus sahaja peristiwa Malam Merah berlaku dan menimbulkan ramalan daripada pihak tertinggi dalam jabatankuasa pengawalan kuasa sihir spiritual.
Update 08 December 2024