Menagih Cinta Eariq

Fatih Tieha

Drama Series 11509
0
(0 ratings)

Synopsis

Tiada ibu bapa yang tidak ingin melihat anak-anak mereka berumah tangga. Begitu juga dengan ibu bapa Zea. Demi melihat anak mereka berumah tangga, mereka berusaha untuk mencarikan Zea jodoh yang terbaik. Zea seorang wanita bekerjaya yang hidupnya hanya fikirkan ibu bapa dan juga syarikatnya saja, tidak pernah terfikir untuk hidup berpasangan. Baginya mengenali insan lain menakutkannya. Pertemuannya dengan Eariq melalui ibunya mula mengubah segala-galanya. Pelbagai rasa yang hadir saat mereka bertentang mata. Rasa gusar, rasa resah dan rasa yang pernah hilang dulu mula muncul kembali. Zea buntu untuk menerima cadangan ibunya atau lari. Namun, sebagai anak yang taat dia akur. Saat ijab dan kabul termeterai, Zea nekad untuk menagih cinta Eariq. Walaupun dia tahu pemilik hati Eariq yang sebenar ada pada insan lain. Namun, dia tidak putus asa dan terus berharap yang dia akan dapat bertahta dalam hati itu. Kehadiran Ameerah menggugat Zea. Zea dapat rasakan pertarungan ini dia bakal tewas. Dia hampir putus asa, namun dia sedar dia perlu terus berjuang. Dia perlu menjadi penagih tegar cinta suaminya. Dia perlu melalui halangan yang terbentang. Dia tahu dia boleh, tapi bolehkah hati Eariq berpindah milik? Halangan yang dilalui bukan mendapatkan hasil yang sepatutnya. Malah, sebaliknya. Eariq makin jauh darinya. Jiwanya terabai. Apakah cara Zea dapat menakluki hati suaminya? Adakah rumah tangga yang terbina bakal runtuh? Adakah Zea bakal berhenti dari menagih cinta Eariq?


Share this novel

Rate this story


Comments

Suraya Hani
2025-07-02  1 Replies

harap Hari Ni ade update hihihi

INS
2025-06-30  1 Replies

Kan, dah pregnant. Biarkan aje si Eariq tu Zea. Teruskan pasrah. Teruskanlah mengejar cinta tu. Skrg bkn kasihan dkt Zea, tp kasihan dgn anak yg bakal lahir, terpaksa terhegeh2 merebut kasih si ayah. Takde pembalasan ke utk si Eariq ni author? Tajuk cerita nama dia, sah2 dia hero. Tp hero tak guna mcmni menyakitkan hati je.

Suraya Hani
2025-06-29 

pergi aje lah zea,menyampah pulak aku dengan Si eariq ni

Fatih Tieha

1003 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience