Adakah melupakan seseorang yang kita sayang itu sesukar itu? Suaminya bukan tidak sukakannya cuma tidak mampu menyentuhnya. Sebab apa? Memang tidak dapat dijelaskan. Aamal, dia guna peluang yang ada mencari solusi untuk kebahagiaan mereka. Goda suaminya sampai mereka punya anak. Atau… Melepaskan lelaki pertama yang dia cinta untuk hidup dengan rahsia dan misterinya… Berbincang tentang hubungan seksual antara suami dan isteri dalam konteks ilmu sering menjadi perbahasan adab dan tingkah laku. Sedangkan perkara inilah yang sedang tular dalam masyarakat. Aamal mahu suaminya. Dia tahu mereka ditemukan pasti ada sebabnya dan pasti ada doa yang mengiringinya.
Update 08 August 2025