"Kalau aku mati dalam lif ni..." Alia menjeling ke atas, dahi berpeluh, satu tangan genggam box karipap, satu lagi pegang dinding logam yang dingin. "Tolong jangan letak dalam berita ‘Wanita ditemui bersama karipap dan ex-crush yang annoying’,” gumamnya, separuh marah, separuh pasrah. Adam berdiri tak jauh, tangan silang dada, mata tajam tapi senyum tak mahu kalah. “Who cares? Kau mesti nak mati bersama jodoh pilihan mama kau, kan?” suaranya tenang, tapi jelas menyindir. Alia pandang Adam tajam-tajam, mulut ternganga separuh saat. Dia mendengus. “Eleh… kau pun sama. Mesti sekarang tengah terbayang muka si Nadrah tu. Feeling menyesal, mati tak sempat jumpa bakal mak mertua kau.” Satu lif, dua ego dan tiga detik panik. Takdir memang pelik. Kadang dia tak bagi warning langsung sebelum seret kau masuk lif rosak bersama lelaki yang pernah buat hati kau retak dan sekarang, paksa kau hadap aura perfume dia dalam ruang empat segi tanpa tingkap. Tapi persoalannya, bila cinta mula terselip tanpa sengaja, siapa yang akan jatuh dulu? Dan siapa yang akan berpura-pura lebih lama?
Update 10 July 2025
2025-07-07
ni ke calon mama Alia ? hehehe....
2025-07-03
berjodohla korang ni...
2025-06-30
wah best rupanya ibubapa mereka berkawan hehehe