SEPUTIH MAWAR

Guzel Heart (NEW)

Drama Series 17805
0
(0 ratings)

Synopsis

RANGSANG SARI. Dia polos. Dia juga ceria seperti karekter Tweety. Si anak itik berwarna kuning yang comel dan memikat hati. Tutur katanya yang sopan buat hati semua orang tenang dan bahagia. Tetapi, siapa sangka. Di sebalik telatah itu ada duka yang membelit jiwa. Ada mendung yang tak pernah cerah. Gelaran itu tidak sesuai dengan orangnya. Namun, kehadiran Sylvester the Cat mewarnai hati Miss Tweety. Hidupnya mula indah. Terbang segala lara berganti bunga-bunga cinta. Saat ikatan hampir termeterai halal segala rahsia mula terbongkar. Lantas menyeksa dua jiwa yang saling berkasih mesra. Sang suami mulai dingin tetapi sang isteri terus mentaati kerana sekali cinta seumur hidup diabadikan diri. "Abang... Syifaa pernah terluka dan Syifaa tak mahu terluka untuk kali yang kedua." - Syifaa. "Kalaulah aku tahu kau sebenarnya perempuan jahat... dari awal lagi aku seksa kau. Tapi aku yang bodoh. Jatuh cinta pada kau yang kononnya naif."- Mukhreez Hadi "Bukan salah Syifaa bang." "Salah atau tidak kau dah pun jadi isteri aku." Dan... hidup Miss Sweety Tweety adakah akan selalu ceria seperti karekter popular itu atau terus dirundung duka yang tidak berkesudahan. "Cinta sayang pada abang ikhlas dari hati. Seputih mawar yang abang beri." - Syifaa Hayati. "Dan... cinta aku luhur sampai mati." - Mukhreez Hadi. Tetapi... mampukah mereka hidup bersama selamanya apabila sejarah hitam tak pernah padam. "Bahagia itu kita yang cipta, sayang. Bahagia itu juga atas kehendak kita. Hanya kita yang tahu di mana letaknya nilai bahagia itu."


Share this novel

Rate this story


Comments

SAFIELA
2025-06-12 

amboiii ayat Abam long..kalau Aiza dgr ni mau muntah hijau dia..hahaha dgr betul2 tu Syifa jgn jatuh cinta masa jumpa nanti..eee tak sabar nak tunggu saat2 2 ketul ni berjumpa....apa yg wieta tipu Syifaa?? ayooo wieta ex Mukhriz ke ni

Sutera Merah
2025-06-12 

pandai mukreez bermain kat....

Mazni Mazlan
2025-06-12 

Harap ii lah syifa terima reez kan..hihi best nya Gh x sabar dh ni tunggu

Guzel Heart (NEW)

807 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience