Love DE Cuisine

Aien Zulfah

Romantic Comedy Series 318
0
(0 ratings)

Synopsis

semakin tenang suasana diruang makan, semakin huru hara situasi kami didalam dapur. begitu juga dengan aku dan dia. ada masa kami baik. ada ketika kami boleh berkerjasama. kadang kami kawan, selalunya kami lawan. aku Nada Aira. wanita gila pangkat yang sedang memegang pangkat demi-chef partie. cita-cita aku buat masa sekarang, mengejar CDP. kata orang, memasak itu tugas wanita. memasak itu simbol kewanitaan. memasak itu lambang kasih sayang. tapi tidak bagi aku. memasak bukan semata tentang masakan. tapi bila aku cakap, bukan orang faham. bagaimanapun, keseluruhan memasak adalah tentang perlawanan. kerana aku perlu berlawan dengan insan yang sama pangkat, sama kebolehan, sama posisi kerja yang berbeza hanya jantina. Aiman Nuwair. seoang lelaki gila yang juga gila pangkat. berwajah melayu tulen, berkulit sawo matang. hidung tak berapa mancung, pipi tersorong-sorong. lahirnya sebagai seoang lelaki,tetapi pembawaan emosinya seolah tersilap kromosom mulutnya tajam. renungannya membunuh. wajahnya dingin. wataknya angkuh. tapi aku tak peduli, yang penting aku nak naik pangkat dulu. aku nak flex depan dia, wanita lemah ini mampu naik pangkat lebih dahulu darinya. itu matlamat aku, maka matlamat orang tidak lagi penting bagi aku, titik!


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Aien Zulfah

930 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience