ASMARA TERLARANG

ErraElla

Romance Series 21407
0
(0 ratings)

Synopsis

Meigan, kembali dipertemukan dengan Sebastian, bekas kekasih yang telah memegang status duda anak satu, pernah meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan lapan tahun lalu. Kehadiran semula Sebastian mengganggu ketenangan hidup Meigan, apatah lagi ayahnya, Encik Gerald, nampak berkenan dengan Sebastian kerana kekayaan yang dimilikinya. Sebastian: “Mey, aku takkan lepaskan kau lagi. Aku datang untuk tebus kesilapan.” Meigan: “Tebus kesilapan? Dengan apa, Sebastian? Harta?” Richard, seorang CEO majikan kepada Meigan, yang diam-diam menyukai Meigan, turut masuk ke dalam konflik ini untuk menyelesaikan sesuatu yang belum temui kesudahannya. Richard: "Aku akan selalu berada di fikiran kau sehingga kau datang kepadaku tanpa paksaan." Charlotte, isteri Sebastian, masih terganggu dengan bayangan Meigan dalam perkahwinannya. Dia terpaksa bercerai dengan Sebastian kerana cintanya yang terbelah dua, namun tetap menyalahkan Meigan atas keretakan rumah tangganya. Charlotte: “Dia pilih kau dulu, Meigan. Apa kau sanggup hidup dengan bayangan aku?” Di sisi lain, Shane, sahabat setia Meigan, memendam perasaan terhadapnya tetapi sedar dirinya tidak setanding dengan Sebastian dari segi harta dan status. Shane cuba menenangkan Meigan setiap kali dia tertekan, tetapi dirinya sendiri bergelut dengan rasa cemburu dan rendah diri. Shane: “Kau tak perlukan harta untuk bahagiakan Meigan, cuma kepercayaan.”


Share this novel

Rate this story


Comments

kurik
2024-10-10  1 Replies

Okay done baca mana yang belum. So sad sis :( harap Sebastian cepat sembuh dan ingat Meigan. Pity Meigan. Padan muka richard!

minahdo
2024-10-10  1 Replies

knapa sebbbbb my loveeee... whyyy knapaaaa...sedihhhh la kali ni smbl dgr lagu what was i mad for :(

kurik
2024-10-02  1 Replies

Alamak sedihnya bab kali ni. Kesian baby mey. Hrap kau bahagia lps ni :(

ErraElla

607 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience