Prince

MISTER_F

Romance Series 4498
4.5
(15 ratings)

Synopsis

Cinta-70% Komedi-20% Keluarga-10% "Kalau hidup tak memerlukan pilihan, mesti best..." Hikayat ini bukan menceritakan mengenai putera raja yang hidup di kayangan. Putera raja yang perfect totally dari segi mental dan fizikal. Ini kes abang-abang angkat kembar yang selalu memeningkan kepalanya macam hidup dengan prince dekat istana. Puteri Nur Natasya.... Seorang anak yatim piatu tinggal bersama opah tanpa saudara di pinggir bandar. Dia sangat mendambakan adik beradik untuk menghilangkan rasa bosan tinggak bersama opah. Disebabkan satu insiden yang menayangkan kebaikan hati murninya, dia dijadikan anak angkat seorang keluarga tengku yang sangat baik. Namun, keluarga ini mempunyai 6 orang adik beradik kembar yang semuanya lelaki. Bertuahlah kamu dapat adik beradik. Opah tahu kamu dah selalu doa nakkan saudara. Nampaknya Allah dah tunaikan semua permintaan kamu -opah Dia memang bahagia pada mulanya tetapi lama-lama dia menderita sangat tinggal bersama lelaki-lelaki yang tua 5 tahun dengannya. Dah sesuai sangat buat suami.Dia sebagai adik angkat sentiasa runsing dengan perangai abang-abang angkatnya. Ini bukan kes D.I.D ataupun kes Multiple Personality Disorder mahupun Split Personality. Ini kes abang kembar 6 yang mempunyai muka handsome macam artis lelaki Malaysia tetapi semua personaliti sangat berbeza. Natasya siap boleh senaraikan nama artis dekat semua abang-abangnya. Naim Yusuf@Ashraf Muslim Abang sulung orang masjid. Sentiasa baik rupa paras persis ulama agama. Sangat sangat baik dan tawaduk. Danish Isa@Shukri Yahaya Abang kedua perangai macam syaitan kalah firaun. Hidup sentiasa mengacau orang. Kalau hidup dengan azazil pasti dapat kamcing punya. Sufian Adam@Redza Rosli Abang ketiga perangai pemalas nak mati. Rasanya mandipun seminggu sekali kut. Hidup sentiasa malas tetapi kalau bab kerja....workholic habis. Farish Soleh@Izzue Islam Abang keempat hidup macam perempuan. Kerja pun fashion designer a.k.a MOA memang sangat cerewet yang menjengkelkan. Dirinya kalah kalau bab perempuan. Kamal Idris@Fattah Amin Abang kelima sentiasa misteri. Hidupnya ingin dia sahaja yang ada. Sangat menakutkan nak hidup dengan manusia ni. Macam hidup dengan hantu. Ashraf Noh@Syafiq Kyle Abang bongso paling manja. Tak reti buat semua benda. Hidup langsung tak boleh berdikari. Anak mama dan papalah katanya. Satu je yang Natasya tahu persamaan mereka semua.Semua akan jadi satu kepala bila dengan perempuan. Habis jadi sebulu bila cakap pasal perempuan. Model...GRO....pornstar. Zahirah Maxwilson, Emma Maembong, Uqasha Senrose. Semua jadi macam wonderpet. Hidup satu rumah dengan semua lelaki membuatkan Natasya jadi gila. Tambah lagi amanat papa angkat yang sangat memerlukan dia membuat pilihan. Pilihan yang akan menyakitkan hati seseorang. Apakah amanat itu? Sampai bila Natasya boleh bertahan? Siapa sebenarnya Natasya? Memang sekadar anak angkat atau anak kandung? Mister.F 7.12.18


Share this novel

Rate this story


Comments

Akindfriend
2021-09-05 

update lagi please

Rozyfah Yusoff
2021-07-31 

best jalan cerita

Ainul Hafizah
2021-03-02 

sambung lh lagi best lh Cite ni

MISTER_F

40 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience