Takdir Allah itu hebat. Bercintalah lama mana, tidak menjamin bahawa dia jodoh kita. Begitulah kisah Wakeel. Sudah bertahun menyulam kasih, sampai kesudah tiada apa-apa hasil. Sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang gadis yang boleh dikatakan, hatinya bagai sudah tertarik dengan si pemilik nama Adhuha itu. "Kata orang, cinta adalah sebuah penyakit yang boleh disembuhkan dengan sebuah ikatan perkahwinan. Sudikah kau menjadi penyembuh sakitku?" - Wakeel "Sukar untuk menolak perasaan itu, Wakeel. Tapi saya sedar siapa saya. Saya sedar dimana duduknya saya. Saya sedar saya bukanlah wanita yang selayaknya untuk awak. Saya takut akan sakiti hati awak karena tidak mampu buat awak bahagia. Saya mintak maaf, Wakeel." - Adhuha Bukan sengaja menolak, tetapi ada sesuatu yang menghalang untuk dia membalas cinta lelaki itu. "Jadi sebab ni kau tolak aku Dhuha?" - Wakeel "Wakeel, saya boleh jelaskan" - Adhuha "Kau khianat cinta aku, Dhuha. Kau tipu aku! Kau buat aku tergila-gila dengan kau. Aku dah terlanjur sayang pada kau. Tapi ini yang kau balas?" - Wakeel Persoalannya, apa sebenarnya yang terjadi? Apa yang menghalang cerita mereka untuk menuju bahagia? Nantikan.
Update 06 December 2024
2024-04-02
tahniah author... Best jln cerita nya
2024-01-16
tahniah author.. semoga terus success.. aamiin
2024-01-15
tahniah deejakayla memang menarik sangat novel ni