Ana Adria merupakan seorang guru di sekolah rendah yang mempunyai hobi melancong ke luar negara bersama rakan-rakannya iaitu Jessi dan Vanita. Namun, hobinya ini berubah menjadi suatu fobia diakibatkan daripada satu kejadiaan yang tidak terduga semasa percutiaannya di Dubai. Dia menjadi saksi utama bagi kes pembunuhan yang berlaku di dalam tandas Dubai Al-Maktoum International Airport sehingga menyebabkan dia menjadi buruan pembunuh. Sewaktu dia dikejar oleh pembunuh-pembunuh tersebut, dia secara tidak sengaja terlanggar seseorang yang berpakaian serba hitam beserta topi dan pelitup mulut iaitu Johan Lee. Johan Lee merupakan selebriti terkenal dan anak kepada pemilik salah sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia yang berdarah kacukan Cina-Melayu. Dia meminta tolong daripada Johan Lee tanpa mengetahui identiti sebenar Johan, kemudian Johan Lee menyelamatkannya dengan memeluk dengan menggunakan jaket hitamnya. Dalam pelukan Johan Lee, Ana tiba-tiba tidak sedarkan diri. Johan Lee membawanya ke hospital yang berdekatan dan terus meninggalkan Ana di situ tanpa meninggalkan apa-apa jejak. Semenjak hari itu, Ana sentiasa dihantui mimpi buruk kejadiaan tersebut dan menjadi fobia apabila melihat cairan yang berwarna merah seperti darah mengalir dengan banyak. Dia berasa sungguh tertekan dengan keadaan ini sehinggakan dia sentiasa membayangi kejadian tersebut. Hal ini menyebabkan dia berusaha mencari penyelesaian masalah ini sehingga membuat dirinya terdesak untuk menjejaki Johan Lee yang telah menyelamatkannya daripada pembunuhan tersebut. Oleh itu, dia dan rakan-rakannya berencana untuk ke Dubai semula. Namun tanpa disedari, pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut menjejaki dan merancang untuk membunuhnya. Setiba Ana dan rakan-rakannya di Dubai, banyak kejadiaan aneh yang berlaku sehingga membawanya kepada Johan Lee sewaktu kejadian pembunuhan pembantu peribadinya. Secara tidak langsung, Ana telah dilantik oleh Johan untuk menjadi pembantu peribadinya.
Update 12 April 2025