DIA TETAP MILIKKU

NURUL

Romance Series 8904
5
(28 ratings)

Synopsis

"Qalisya.. Qalisya.. jodoh kita memang kuat kan ? I betul-betul tak sangka dapat berjumpa dengan you lagi. You know what, I just nak beritahu you yang you kena ikut cakap i sebab i ada simpan gambar-gambar you tanpa ..... " " A...Apa yang you nak daripada I sebenarnya? You nak buat apa dengan gambar tu? Tolonglah Adam. Jangan benarkan orang lain melihatnya." Pertemuan semula antara Qalisya dengan Tengku Adam Iskandar selepas beberapa tahun membawa nasib malang buat Qalisya. Kerana ugutan daripada Tengku Adam Iskandar, terpaksa dia menurut segala arahan daripada lelaki playboy itu demi menjaga nama baiknya. Tapi sayang seribu kali sayang, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila dia hilang kehormatannya. Atas desakan Qalisya, mereka disatukan walaupun tiada cinta antara mereka. Selepas insiden malang itu, Qalisya terus menjauhkan diri dari Adam meskipun dia memegang status sebagai seorang isteri. Tetapi dirasakan dirinya tidak bernasib baik apabila dia mendapat tahu bahawa bos di tempat kerja barunya merupakan mama kepada Adam. Qalisya tersepit antara kepentingan diri atau kesempitan hidup keluarganya. Munculnya Rayyan Anaqi dalam hidup Qalisya membuatkan dia selesa berkawan dengan lelaki iti. Kesederhanaan layan yang diberikan kepada Qalisya membuatkan Qalisya senang untuk berurusan dengan Anaqi walaupun Anaqi merupakan seorang anak Tan Sri. Anaqi lah satu-satunya lelaki yang rapat dengan Qalisya. "Kenapa Encik Anaqi bagi bunga dekat saya" " I love you Qalisya" Kini, barulah Qalisya mengerti bahawa semua layanan baik terhadapnya disebabkan oleh Anaqi menyimpan perasaan kepadanya. Bagi Adam pula, dia mula rasa tercabar dengan kemunculan Anaqi. Dia masih mengharapkan peluang kedua buat dirinya untuk menebus segala kesalahan terhadap Qalisya. "Qalisya, don't forget that you are still my wife. Qasih Qalisya masih isteri kepada Tengku Adam Iskandar. Remember that, my dear." Qalisya semakin keliru dengan dirinya. Antara status diri atau perasaan yang menjadi keutamaannya. Mampukah Tengku Adam Iskandar menawan hati Qasih Qalisya sepenuhnya atau terpaksa melepaskan Qalisya untuk menjadi milik orang lain... Siapakah yang akan Qalisya pilih ? Tengku Adam Iskandar, lelaki yang pernah merosakkan hidupnya dulu atau Rayyan Anaqi, lelaki yang semakin hari semakin rapat dengannya.


Share this novel

Rate this story


Comments

sallylatiff
2024-01-05 

dah xde sambungan ker?

Nazlina Binti Rus Rus
2023-05-06 

sis bila nak update cerita nie,masih setia tunggu jln ceritanya

Nur Cahaya
2022-09-15 

Tertunggu update baru.

NURUL

21 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience