Cinta Nufa Inshirah terhadap lelaki bernama Idris Al Hud begitu dalam, sedalam dasar lautan sehingga dia menolak banyak hati yang mahu mendekat. Namun siapa menyangka menjelang hari bahagianya membina gerbang perkahwinan, hari bahagia itu musnah sekelip mata. Idris Al Hud hilang tanpa khabar berita dan jejak. Punca kehilangan lelaki itu menjadi tanda tanya. Dalam kekabutan hilangnya pengantin lelaki. Ismail Al Haq datang menawarkan diri. Biarpun tiada cinta di antara mereka. Perkahwinan di teruskan demi mempertahankan maruah keluarga pengantin perempuan. ISMAIL Al HAQ~ "AWAK nangis pun tak ada guna, Nufa. Now you're my legal wife. Awak menangis air mata darah sekali pun. Hud tak akan jadi suami awak. Awak kena terima hakikat yang saya ditakdirkan menjadi your lovely husband." NUFA INSHIRAH~ "Kalau saya tak matang kenapa tuan kahwin dengan saya? Kenapa tak cari perempuan yang sebaya tuan? Orang tua selalu tak fikir perasaan orang muda!" IDRIS AL HUD~ "Kenapa dia Nufa? Kenapa bukan orang lain? I can't accept you as my sister-in-law. Minta cerai dengan Is dan kita kahwin." Hati Nufa Inshirah berantakan di saat kemunculan semula Idris Al Hud. Cinta kepada lelaki itu masih berbekas di sanubari. Namun demi sebuah janji pada Ismail Al Haq. Tidak mungkin dia berpaling ke belakang. Lagi pula luka yang ditoreh Idris Al Hud meninggalkan bekas luka terlalu dalam. "Ismail Al Haq... awak hadir laksana langit gelap menghitam namun tetap bersinar seperti bintang yang menyinar." ~ Nufa Inshirah "Saya tak mampu nak menjanjikan bulan dan bintang. Tapi selagi hayat tidak terpisah dengan jasad. Saya akan sinari hidup awak seperti cahaya kerdipan bintang di langit. Nyawa saya milik Dia. Begitu juga cinta yang ada dihati saya. Separuh diciptakan untuk diisi oleh awak. Insya-Allah awak akan menjadi bidadari saya sampai ke Jannatul Firdausi." ~Ismail Al Haq. Akan adakah kebahagiaan di alam perkahwinan Nufa Inshirah dan Ismail Al Haq? Setelah mereka menempuh berbagai onak dan ranjau di perjalanan selama hidup bersama? Bagaimana pula dengan Idris Al Hud, dapatkah dia menerima bekas tunangnya menjadi kakak ipar? "Takdir itu bukan kita yang coret, Hud. Awak kena terima hakikat yang saya adalah your sister in law." ~Nufa Inshirah
Update 28 February 2024
2025-02-26
rindu nak baca novel ni
2025-02-08
rindu lama xde update...
2024-06-02
sis dh tamat ke