Perempuan Upahan Tuan Abe

MandakZ

Crime Series 32790
5
(99 ratings)

Synopsis

Pertemuan antara Rania Thiyani dan Eluna Queeny akhirnya mengikat mereka kepada satu perjanjian yang merupakan titik permulaan pada penderitaan Eluna tanpa dia sedari. Dengan senang hati, Eluna Queeny menerima tugasan yang Rania berikan kerana bayaran yang sangat lumayan iaitu membatalkan perkahwinan yang diatur oleh keluarga Rania dengan seorang lelaki misteri bernama Aisy Abednego. “Buat lelaki ini jatuh cinta dan tergila-gilakan you sehingga dia sendiri batalkan perkahwinan yang diatur keluarga kerana I takkan berkahwin dengan lelaki itu. Untuk pengetahuan you, hati I dah lama dimiliki oleh Tuan Arasy Abezzad.” ~ Rania Thiyani. Tanpa diketahui oleh Eluna mahupun Rania, Aisy Abednego ialah seorang lelaki kejam yang berselindung di sebalik pekerjaannya sebagai seorang CEO berdedikasi di sebuah syarikat terkemuka tanah air. “You beg me? I can give you what you want, but you need to do something for me.” ~ Aisy Abednego Tanpa sedar, Queeny dibawa ke dunia gelap seorang Aisy Abednego. Hidupnya terseksa dalam neraka ciptaan Aisy. “I dah bayar you sejumlah duit untuk Aisy batalkan perkahwinan kami. Ni, nampak kad jemputan ni? Aisy tetap nak teruskan perkahwinan tu!” ~ Rania Thiyani Lantaran jauh terjebak dan tiada pilihan, Queeny melakukan perkara di luar norma kerja yang dia tetapkan. Nyawa seseorang lebih penting dan dia perlukan duit untuk memastikan kelangsungan hidup seseorang itu. “Marry me, Abe!” ~ Eluna Queeny “Really? Dah fikir masak-masak? Coz once you are mine, you can never run away from me. My answer is... Yes, I will! ~ Abednego Dengan terlafaznya persetujuan dari mulut Aisy, Queeny terusan dijadikan tawanan. Kebenaran mulai tersingkap dan salah faham demi salah faham semakin merumitkan hubungan mereka. “Cukuplah seksa saya, tuan Abe! Lepaskan saya. Tuan berdendam kerana Rania tidak mencintai tuan, bukan? Saya cuma perempuan upahan dan tiada kena mengena dengan Rania!” “No, think hard what have you done to me, ma'queen!” Persoalannya, benarkah Aisy Abednego menyeksa Eluna kerana dendamnya pada Rania atau ada kisah gelap di sebalik kekejamannya? Mampukah Eluna melepaskan dari dari neraka ciptaan lelaki keji itu? Paling penting, mampukah dia menidakkan pesona magnetik seorang Aisy Abednego?


Share this novel

Rate this story


Comments

Noorhayati Yat
2024-04-27 

Tudia aisy... Nampak sangat kamu terlalu sygkan queen..

Noorhayati Yat
2024-04-26  1 Replies

Hebat lakonan semua..

mama sayang
2024-04-25  1 Replies

tq update author

MandakZ

968 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience