Bukan Cinta Sempurna

Bellesa

Romance Completed 152507
5
(821 ratings)

Synopsis

"Sepuluh bulan. Cukup sepuluh bulan, kita cerai" Demi menjaga maruahnya dan keluarga, Nadhia terpaksa mencari calon suami dalam waktu yang singkat. Apabila diri dibuang oleh kekasih hati, dia harus terima semuanya dengan hati yang terbuka. Namun, anak di dalam kandungannya tidak dapat dibuang begitu sahaja. Itu khilafnya. "Saya terpaksa jadikan awak pak sanggup untuk anak saya. Saya tak ada cara lain. Saya ada maruah yang perlu saya jaga selagi saya boleh" — NADHIA SOFIA "Perkahwinan ini atas kehendak kita berdua, bersebab. Jadi aku harap, kau jangan ingat yang aku akan jalankan tugas aku sebagai suami mithali. Kau bukan isteri yang aku cinta. Nama suami dan isteri hanya atas kertas" — FIRASH AL ADAM Alam perkahwinan mereka tidak lari dari setiap lapisan dugaan yang menerpa. Dari segi emosi hinggalah fizikal. Semuanya lelah. Lelah lagi apabila Nadhia terpaksa cuba berdiri setanding dengan keluarga Firash yang serba sempurna. "Betul ke bunting pelamin? Aku takut isteri kamu ni bunting tanpa pelamin saja! Bukan apalah Firash. Kalau perangai merenyam memang susah nak berubah. Mesti dah kena ratah" — DATIN FARIDA Seterusnya, apabila masa mengikat rasa, mula timbullah rasa cinta. Nadhia bertatih dengan erti rindu. Namun, muncul pula orang ketiga cuba meruntuhkan mahligai yang sudah sedia bergoyah. "Suami you tu cintakan I. Bila ada masa terluang tu, tolonglah lap cermin sikit. Tengok muka you, ada ke macam muka jodoh Adam? Kalau I solat dengan Adam, saf I dekat sebelah dia. Kalau you, dekat belakang. Macam keadaan you sekarang. So pathetic!" — WAAN AISAR "Awak setuju kahwin dengan saya sebab awak gay?" — NADHIA SOFIA Dia ingat masalah yang mendatang hanya terhenti di situ. Malah, satu lagi gelombang datang menyerang. Mahligai yang goyah, kini sudah roboh ke tanah. Datin Farida tidak pernah mengalah dengan rancangannya untuk menjadikan Zahra sebagai menantu. Zahra, wanita paling sempurna sebagai isteri. Alim, berpendidikan dan berketurunan yang baik baik! "Firash ceraikan sajalah Nadhia tu. Kahwin dengan Zahra ni! Comel, molek, doktor muda pulak tu! Kalau kamu sakit, tak perlu nak pergi hospital lagi. Zahra tadah riba sajalah. Sembuh terus!" — DATIN FARIDA "Kak Dhia jangan risau. Zahra takkan rampas terus abang Firash. Zahra takkan persoalkan layanan yang diberikan. Adil atau tidak, Zahra terima" — NUR ZAHRA "Saya harap awak bertabahlah kalau nak kekal lama dengan Firash. Saingan awak bukan dengan perempuan tapi dengan lelaki. Tarik nafas dan hembus, Zahra" — NADHIA SOFIA Atas perjanjian yang dimeterai, rasa cinta yang kian mekar dipaksa melayu kembali. Nadhia tidak boleh meneruskannya. Masakan cinta hanya bertepuk sebelah tangan. "Jujur dengan saya. Pernah terdetik tak rasa cinta awak terhadap saya? — NADHIA SOFIA "Aku haramkan kau guna nama aku untuk anak luar nikah kau. Aku sangka perempuan bertutup litup macam kau ni lindungan kaabah, rupa-rupanya hauk! Najis lebih suci dari kau" — FIRASH AL ADAM Harapan seperti tidak menyebelahi ikatan yang Nadhia cuba pertahankan. Dia terima, mungkin jodohnya singkat. Segalanya pasti termaktub kerana hikmah yang tersimpan. "Kalau awak boleh buat Firash kembali straight, saya akan bagi Firash pada awak. Saya janji, Zahra" — NADHIA SOFIA Dugaan dalam ikatan suci yang terbina membawa kepada bibit-bibit bahagia. Namun, dapatkah bahagia itu dikecapi oleh Nadhia dan Firash? Ataupun mungkin ikatan ini bakal mereput dek kesalahfahaman yang tercetus? "Pulanglah sayang, aku masih di sini" (Hak cipta terpelihara) INI ADALAH BLURB SEMENTARA.


Share this novel

Rate this story


Comments

Mawar Laharu
2022-10-24 

tahniah...best sangat cerita ni

Seri
2022-10-01 

Walaupun di awal mcm pelek sikit… tapi gagah juga utk baca sb jalan cerita mcm best… dan alhamdulillah endding dia sgt best… basahlah juga bucu bantal.. Tahniah dear

MAG Cahaya
2022-06-05 

sedihnya ending..bukan semua cinta sempurna..tahniah

Bellesa

291 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience