Satu perkara yang amat Dhia Erdina kesali adalah meluahkan perasaan cintanya pada lelaki bernama Faiq Farhan. Tidak cukup dengan cintanya ditolak, dirinya malah dihina. Mulai saat itu, Farhan menjadi manusia yang paling Dhia ingin jauhkan diri. Bukan setakat kerana malu, malah hatinya masih sakit dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Farhan. Masih terngiang-ngiang di telinga setiap patah perkataan itu. Namun, satu peristiwa berlaku yang Dhia tidak pernah terfikir akan berlaku. Keadaan itu menyebabkan Farhan dan Dhia kerap kali bertemu. Dalam setiap pertemuan itu, ada hati yang beralih tempat, ada hati yang bertukar rasa. [ tidak semua orang dapat memiliki cinta ]
Update 06 December 2024
2023-09-01 1 Replies
kesian pendam perasaan yg sama...harap novel ke 2 berjodoh dorg berdua..hihihi apa2 pun tahniah Dina
2023-09-01 1 Replies
sedih endingnya.... semoga dipertemukan semula paan dan dhia yg dewasa
2023-09-01 1 Replies
Yes author buat la BCC2...pertemukan Paan dan Dhia kembali...tak sabar pula...semoga sentiasa di berikan ilham untuk berkarya author...