Suami Pucuk Muda Milik Bella

Miakiff

Romance Series 765
5
(1 ratings)

Synopsis

Berkahwin dengan lelaki muda? Bella tak pernah terfikir. Disebabkan sikapnya yang gila kerja dan gila cari duit hingga tak sedar umur semakin lanjut membuatkan keluarganya menjodohkan dia dengan Hadif yang jauh lebih muda darinya. "Adik, adik ni masih muda. Hingus pun tak kering lagi. Entah-entah spenda pun mak bapak tolong belikan! Buat apa kahwin muda-muda ni? Perjalanan hidup masih jauh lagi. Patutnya umur macam ni, adik gunakan masa untuk membina hidup dan cari duit banyak-banyak. Enjoy puas-puas. Bukannya, dengan berkahwin. Cuba dengar nasihat akak yang makan garam lebih dulu ni dari awak..." -Bella "Ye ke? Tapi kenapa Cik Bella dah berumur pun tapi masih tak kaya-kaya jugak. Kerja macam orang gila tapi hidup Cik Bella masih sama jugak. Tak ada kemajuan, tak ada perubahan? Kawan sebaya Cik Bella, ramai dah kahwin dah ada anak-anak tapi akak apapun tak ada. Hidup Cik Bella lagi sedih..." - Hadif "Kau untunglah dapat suami pucuk muda. Lepas kahwin nanti, confirm mudah jinak punya. Kau cakap apa, semua dia akan ikut. Semua dia turutkan. Mesti dia hormat dan takut dengan kau. Silap haribulan, kad ATM dia pun kau pegang tau..." - Fasha "Aku rasa, dia ada agenda nak kahwin dengan aku. Mungkin dia mahu kikis duit dan harta aku atau dia nak jadi biawak hidup yang aku kena tanggung.." - Bella "Kita kahwin dulu. Kita tengok, siapa yang lebih matang dan siapa yang lebih reti jadi suami dan isteri...." - Hadif Perkahwinan diteruskan dengan rahsia yang dipegang rapi antara kedua-duanya yang menjadi penyebab perkahwinan ini diteruskan. Semakin hari, makin terungkai rahsia diantara mereka. Bagaimana agaknya, perjalanan rumahtangga antara Bella dan suaminya, Hadif yang jauh lebih muda darinya. Adakah cinta dan bahagia akan jadi milik mereka? Jom baca kisah ni..


Share this novel

Rate this story


Comments

Ria Gee
2022-02-26 

best...lawak lah si Bella ni....bila mengaku tua baru ada yg kata muda ...

Damia Amani
2022-02-25 

intro pn dh best, tahniah author..hope slalu update

Senduduk desa
2022-02-25  1 Replies

permulaan yg menarik... kshn Bella....mak cik... nenek.... hahahahah

Miakiff

3 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience