Hati Yang Melukut

AnakTunggal

Drama Series 2167
0
(0 ratings)

Synopsis

Nia menggigil kesejukan, lantas menyarungkan jaketnya. Walaupun sekarang ini masih lagi dalam bulan Oktober , tetapi suhu sekitar telah turun dengan mendadak, membuatkan musim luruh kali ini terasa begitu dingin. Ini belum lagi dalam musim sejuk. Entah-entah mungkin berganda lagi kedinginan yang akan melanda mereka bila tiba bulan Disember dan Januari nanti. Nia mengeluh sambil memandang sekeliling yang sedang lalu lalang menuju ke dalam pasaraya yang baru sahaja seminggu dibuka. Kemudian menyusun langkah memasuki pasaraya itu, bertambah lagi dingin dengan aircond yang begitu kuat. Nia berjalan menuju ke medan selera untuk mengenakan secawan air panas. Lantas membuka jaketnya keluarkan beberapa ringgit untuk membayar secawan milo ais. Sambil tangan menghulur duit pada cashier Nia memandang tepat ke arah lelaki itu dengan senyuman dan berterima kasih . Lalu melangkah untuk pergi dari pasaraya itu kerana tidak tahan lagi dengan suhu yang dingin. Setelah masuk ke dalam kereta, Nia dapat rasakan sesuatu pada plastik air itu namun Nia membiarkan dan memandu pulang ke rumah kerana hari sudah pun lewat malam. Tanpa memikirkan hal itu Nia terus membawa air tersebut masuk ke rumah, Nia merasakan ada sesuatu yang ingin disampaikan dari lelaki yang merupakan cashier namun Nia sukar memahaminya. Nia membuka plastik itu perlahan supaya benda yang tidak diingini berlaku. Kemudian membuka sepucuk surat yang bertulis ‘ miss saya selalu melihat miss lalu di kolej $&%>€~ itu tapi saya segan mahu menegur, kemudian di akhir kata dari surat itu lelaki menulis nombor telefonnya dan nama , iaitu Zaril “ Nia meletakkan surat itu ke tepi lalu mengambil towel untuk membersihkan badan yang seharian keluar dari pagi sehingga senja. Seperti biasa selepas mandi Nia selalu solat dan mengaji kemudian mengulangkaji pelajaran sehingga tertidur .


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

AnakTunggal

4 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience