Chia Fei dilahirkan di kampung bahagian utara negara Kilatan. Kampung tepi sungai itu tidak ramai penduduknya, kesemuanya sekadar sepuluh keluarga. Mungkin kerana jumlah penduduk yang tidak ramai sekali gus tidak banyak pendapat yang berbeza, maka mereka hidup saling bantu membantu dalam suasana yang cukup harmoni. Mereka itu tiada pertalian darah, bukan sanak saudara tapi kerana sekian lama mendiami kawasan yang serupa, mereka telah menjadi begitu rapat dan akrab. Tetapi, jumlah penduduk mungkin bukan faktor utama tidak timbulnya pertelingkahan. Kerana pada mulanya, penduduk kampung hanya sebanyak lima keluarga. Kiranya dibiarkan masa terus berlalu, dari sepuluh keluarga, pastinya penduduk kampung berkembang menjadi berpuluh-puluh atau beribu-ribu keluarga.
View All Chapters (Total 2 Chapter)
Update 02 October 2019