BLURB: Sephia dibesarkan dalam keluarga yang tidak pernah benar-benar menerima dirinya. Apa sahaja yang dia ada, perlu dikongsi. Apa yang dia mahu, jarang sekali diberi. Dan bila berlaku apa-apa, dialah yang selalu dipersalahkan. Hidupnya berubah apabila Gabriel muncul dalam hidup — seorang duda terkenal, berpengaruh, dan tak disangka-sangka melamarnya sebagai isteri. Tanpa cinta, tanpa janji manis, hanya satu perkara yang Gabriel katakan: "Saya perlukan awak dalam hidup saya." Tapi perkahwinan mereka bukan kisah dongeng. Sephia dihina, dicemuh, dituduh merampas. Dihukum oleh orang luar, disindir oleh keluarga mentua, dan lebih perit… disakiti secara diam oleh orang yang dia cuba cintai. Gabriel mungkin suaminya, tapi dia terlalu lambat sedar — bahawa isterinya sedang tenggelam dalam luka yang makin dalam, hari demi hari. Sephia cuma mahu bahagia. Itu saja. Tapi dalam hidup dia, permintaan sekecil itu pun dianggap terlalu besar. | Versi revamp, plot cerita 40% berubah dan nama watak juga ada yang berubah.
Update 30 May 2025
2023-07-08
Alamak..mak mertua tak restu pulak..ni yg susah ni..hemmm…tp nampak mcm sephia ada sorok kan sesuatu..kenapa dia tak kasi siapa2 sentuh dia..apa yg bapak dia dah buat kat badan dia..
2023-07-07 1 Replies
x ada sammbungan lagii
2023-07-07 1 Replies
Suami kebendanya..bekas suamilah..patutnya nikah senyap2 gib..panggil family je..nnt masa sanding baru announce..tgk apa dah jd..ex awk tu dah meroyan..