Dalam menentu perjalanan hidupnya, Damia tersepit dengan dunianya sebagai seorang pengintip. Lebih-lebih lagi Damia sendiri adalah ketua dalam Juniper ; pekerja kelas atasan di dalam sebuah organisasi. Damia mahu berkahwin, tetapi dalam masa yang sama dia tahu Radhi yakni majikannya takkan membenarkan sama sekali. Lebih-lebih lagi bakal suami Damia itu kenalan rapat musuh mereka. Namun Damia tak ambil peduli. Dia nak juga kahwin dengan Adam! Dan tiada siapa sangka, tindakan berani mati Damia berkahwin dengan Adam adalah satu kesilapan terbesar yang dia pernah buat. “Awak… menyesal kahwin dengan saya?”-Damia. “Tolong jangan cakap macam tu. Tak pernah terlintas sekali pun benda macam tu dalam kepala saya!”- Adam. “But I do. Saya… yang rasa menyesal kahwin dengan awak. Awak mungkin tak sedar apa awak dah buat. Tapi saya dah penat nak bertahan.”- Damia. Berapa lama agaknya hubungan ini akan bertahan? Segalanya bakal terjawab di dalam Juniper’s Princess.
Update 06 December 2024