Cinta Tergantung

Afie Izzaty

Romance Series 12510
3.3
(8 ratings)

Synopsis

Mengisahkan tentang Humaira iaitu, seorang gadis berusia 13 tahun, yang baru sahaja melangkah masuk ke alam sekolah menengah. Humaira ialah seorang gadis yang ceria, sensitif, kuat berdrama dan yang terakhir, Humaira ialah seorang yang mudah jatuh hati terhadap lelaki yang mempunyai paras rupa yang kacak dan menawan. Humaira ialah seorang gadis yang hanya biasa- biasa. nak kata cantik? hmm memang jauh sekali lah. Tetapi mahu kata apa? Semuanya ketentuan Tuhan serta izin-Nya. Humaira redha. Berbalik kepada cerita, pada suatu hari Humaira telah terjatuh hati pada seorang lelaki yang bernama Azaf iaitu senior tingkatan 3 di sekolahnya. Azaf ialah seorang lelaki yang kacak, bertubuh tinggi, pandai, pengawas sekolah, anak orang yang bekerjaya senang cerita anak orang kayalah! Selain itu, dia juga mempunyai keistimewaan iaitu senyuman yang menawan dan gigi yang putih ala ala arnab serta berwajah comel! Perh! Cair habislah semua perempuan kalau tengok senyuman dia yang semanis gula tu haha! Humaira pula hanya seorang gadis yang biasa- biasa sahaja. Cantik pun tidak tapi dia sangat bersyukur dengan apa yang Tuhan telah ciptakan kepadanya. Humaira juga tidaklah mempunyai status kaya seperti Azaf. Dia hanya hidup sederhana bersama keluarganya, bertubuh rendah dan berbadan 'chubby'.Nak kata pandai pun tidak juga tapi dia bersyukur kerana telah ditempatkan di kelas pertama dan selalu mendapat tempat top ten di dalam kelas. Itu juga sudah memandai baginya. Beza sekali statusnya dengan pujaan hati. siapa lagi kalau bukan Azaf? Mereka bagaikan langit dengan bumi! Humaira menyimpan rahsia tentang perasaannya terhadap Azaf. Pada suatu hari, rahsia yang disimpannya rapi telah terbongkar. Humaira merasakan seperti hendak pitam! Dunia ini bagaikan kelam baginya. Tidak tahu berbuat apa. Inilah akibatnya jika memberitahu rahsia kepada sebarangan orang. Perkara ini telah memberi kesan kepada hidupnya. Semuanya telah terbongkar! Apakah kesudahannya? Adakah Humaira akan bahagia bersama lelaki yang disukainya dalam diam- diam ataupun sebaliknya? Nantikan kesudahannya!


Share this novel

Rate this story


Comments

zarazara79
2020-09-03 

x update ke...

LIZLI V.
2019-09-03 

best.hai. Tumpang Tgk cerite sya juga ye. #TerimaHatiIni

Jannah
2018-05-26 

Tergantung??

Afie Izzaty

12 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience