PERJUANGANKU

AFFANERMA

Drama Completed 231
0
(0 ratings)

Synopsis

"CICIT-CICITKU mahu mendengar kelangsungannya?" Salam menghulurkan piring berisi nagasari. Disambut seorang cicit perempuan dan diletakkan di sisi juadah berbuka puasa. Salam duduk perlahan-lahan. “Ya, Salam . Ini kesinambungan tempoh hari? Bagaimana nasib segenap penghuni Desa?” Dedaun tanya seorang cicit lelaki jatuh lembut di deria dengar Salam . Membetulkan duduk punggung dan tumpuan mata. Busur panah cicit-cicitnya tertancap di bibir Salam yang rekah seribu rahsia, menyampai kisah dan cerita bukan sia-sia. “Oh, cicit masih mengingati ya? Kita mesti mengambil erti dari jalan cerita ini. Salam ada rentetannya. Seusai kisah ini, hantarkan sepiring kuih ke rumah sebelah.” Salam mengerling ke dalam kolam makna mata cicitnya yang masih setia mendengar kisah-kisah epik yang diamati Salam . Salam khuatir masa hadapan mereka – cicit-cicitnya. “Cicit dengar ini, 'Segenggam Tanah Setitis Darah'.”


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

AFFANERMA

15515 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience