Mengisahkan tentang percintaan di antara Eyra Zafira dan Zul Aryan yang dijodohkan atas dasar terpaksa rela kerana pilihan orang tua masing-masing dan kerana tidak mahu mengecewakan orang tua mereka, perkahwinan di antara mereka pun berlangsung. Hubungan di awal perkahwinan mereka tidak bermula dengan baik kerana Zul Aryan tidak mahu tidur sekatil dengan wanita yang sudah bergelar isterinya itu, begitu juga Eyra Zafira dan kedinginan hubungan di antara mereka suami isteri dapat dihidu oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Setiap hari, ada sahaja perkara yang dijadikan isu untuk bergaduh, sehinggalah pada satu ketika, mereka membuat satu perjanjian gila, iaitu sesiapa di antara mereka yang menarik diri atau meminta cerai, dia akan dianggap kalah dan akan membayar denda yang sangat tidak masuk akal. Di sebalik kehidupan mereka yang nampak biasa itu, kedua-dua mereka ada menyimpan rahsia yang tidak diketahui oleh ahli keluarga masing-masing. Apakah rahsia yang mereka sembunyikan? Adakah hubungan perkahwinan mereka akan berkekalan atau berakhir seperti yang mereka rancang dari awal perkahwinan? Copyright© 2024 NovelPlus
View All Chapters (Total 46 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-06-04 1 Replies
Donated 600 ncoins.
2024-06-02
meh baca novel halalakan cintaku
2024-05-31 1 Replies
Donated 2000 ncoins.