CINTA KRISTAL

Alia

Drama Series 1387
4
(1 ratings)

Synopsis

Kehidupannya biasa biasa sahaja tetapi dia bahagia tinggal berdua bersama ayahnya di hutan yang jauh dari manusia lain. Namanya Kristal sepelik nama empunya diri. "Aku Kristal. Apa nama kau wahai lelaki?'' Mikael pelik. Pelik sekali dengan kemunculan tiba tiba seorang gadis dari ceruk hutan yang comot tak ubah seperti orang zaman batu. Sekembalinya Mikael ke pejabat setelah percutian singkatnya tamat dia berasakan seakan tidak mampu menyingkirkan suara perempuan tersebut dari terus berlegar legar di pendengarannya. Ini kerana suara tersebut seakan semakin lama semakin dekat dengan dirinya. "Takkanlah dia datang KL? Mustahil betul tapi tu memang suara dia. Kenapa sampai aku balik KL pun suara dia masih terngiang ngiang lagi ni. Apa dah jadi dekat aku ni!" Di takdirkan si gadis pelik dan orang tuanya berhijrah ke Kuala Lumpur selepas satu demi satu rahsia terbongkar. Di Kuala Lumpur dia tinggal dengan Mona dan ibunya. Ibunya Puan Lia selalu mempergunakan si budak pelik itu untuk kepentingan dirinya dan manakala si Mona pula bersikap dingin, agak baran dan serius yang tak boleh dibawa bincang. "Kau ni memang tak faham bahasa ke apa hah Kristal! Ini sudu yang ini pulak yang tajam-tajam ni garpu!" Marahnya Puan Lia kepada Kristal hanya diperhatikan dari jauh oleh Mona. "Lepas ni kau terus balik. Jangan nak melencong ke mana mana. Tu telefon tu kau ingat kan aku dah ajar kau semalam macam mana nak guna?'' Tetapi Kristal bahagia dengan mereka berdua. Kristal sayang Mona dan Puan Lia! Disebabkan Mona, Mikael memang benar benar berjumpa dengan Kristal di bandar Kuala Lumpur. Ya, Mikael dia masih waras lagi. Apa katanya si Kristal pula tentang pertemuan kali kedua itu?


Share this novel

Rate this story


Comments

Saphyt
2021-06-09 

Hai semua! Maaf tumpang iklan. Jemputlah baca novel saya, "Tersusun Indah Takdir Kita". Terima kasih semua. Harap anda semua dalam keadaan baik-baik sahaja. :-D

Alia

3 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience