DIA MELIHAT

DD WAHAB

Thriller Completed 4262
4.9
(24 ratings)

Synopsis

Dia menyeringai memandang ke arah Hasbullah yang sudah terkedu melihat mayat tadi kembali hidup. Tangan puteri itu mencabut perlahan kayu yang terpacak di tengkuknya. Darah pekat membuak keluar dari luka di tengkuknya dan mulutnya. Ariana sudah pucat melihat aksi ngeri itu. Seketika kemudian luka puteri itu sembuh begitu sahaja meninggalkan darah yang mengotori baju dan anggota tubuhnya. Puteri itu kembali berentap dengan Hasbullah. “Kamu lihat kan?” Suara gemersik itu rapat di kuping telinga Ariana membuatkan gadis itu sedikit tersentak. “Kami abadi. Kami takkan mati. Kuasa itu Tidakkah kau terpesona?” Tawanya kedengaran lagi. Ariana sudah mengerutkan dahinya. Tidak! Itu kuasa syaitan. Jangan merasa takut, Ariana “Itu semua permainan syaitan! Aku takkan tunduk pada yang namanya syaitan. Hanya Allah yang hidup kekal. Kau!” Ariana berpaling serta merta melihat puteri di belakangnya. “Akan jatuh juga” Ariana bersuara tegas.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

DD WAHAB

15870 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience