REBUILD STORY! Free reading. Yang sudah baca boleh skip ya... Yang belum membaca dialu-alukan. SINOPSIS: Tiga orang ahli penyiasatan sedang dalam misi pengintipan anak gadis seorang VIP yang kerap berfoya-foya di kelab malam. Diwartakan gadis itu hanya berseronok sahaja tanpa menyentuh minuman keras ataupun bergaul bebas dengan lelaki. Tetapi bila dilihat dari penampilannya yang serba terbuka, siapapun patut curiga. Oleh itu Tan Sri Baharudin telah mengupah tiga orang spy handal untuk memperhatikan tingkah laku anaknya dan memastikan dia tetap berada di dalam kawalan. Zahaedy, Maleeq dan Aryan. Adalah tiga sepupu yang bekerjasama dalam bidang tersebut. Rapat seperti adik beradik. Bahkan Maleeq dan Aryan juga bersama-sama membantu Zahaedy dalam menjaga dan membesarkan anak setelah lelaki itu kehilangan isteri sewaktu melahirkan. "Dalam kes anak Tan Sri ni, kau jelah yang turun, Maleeq. Aku dan Aryan ada misi lain." -Zahaedy yang mesra disapa ZD. "Asal kes perempuan je kau bagi kat aku, banyak cantik muka kau! Kau yang deal, kan. Kenapa aku pula yang kena handle sorang-sorang?" -Maleeq membantah. Tetapi akhirnya Maleeq terima juga tugasan yang dihumbankan ke atas bahunya. Dia tahu, sebagai sepupu tertua, Zahaedy bukan saja-saja memandatkan misi tersebut. Kerna misi Zahaedy sendiri jauh lebih mustahak, iaitu mencarikan mama buat anaknya.
Update 06 December 2024
2023-07-03
Donated 200 nCoins
2023-06-21
tahniah sis.. untuk novel nikah gantung nti.. guna coin ke
2023-06-21
ohh..ada season2. wahhh tazabarrrr