“Tolong jangan lukakan hati mummy. Tolong jangan kecewakan mummy. Tolong jangan buat mummy risau.” Aku diam lagi mendengar butir bicaranya yang kedengaran lain dari di pejabat yang selalu-selalu aku dengar. Bicaranya kali ini seolah-olah marah seorang abang kepada adiknya. Kemarahan dek kerisauan kepada adiknya, menandakan dia benar-benar peduli kepada adiknya. Aku terbuai. “I tahu, you susah untuk hadam semua ini. Ini semua sesuatu yang baru dan amat mengejutkan dalam hidup you, betul?” Aku angguk. “Tapi, I minta tolong you untuk bertahan buat masa ini. Anggaplah ini satu kerja kebajikan amal you atas dasar kemanusian. Takkan you lokek pada kasih sayang dan kebahagian yang tiada gantian dengan wang ringgit? You tak perlu bayar pun. So, jika you rasa kesulitan, you boleh share with me. Ya, I tahu kita selama ini pun selalu bertengkar dan tak akrab, tapi sekurang-kurangnya kita boleh cuba untuk perbaiki keadaan.” Panjangnya syarahan! Aku angguk lagi. “Amanda ada abang Ean disisinya dan sekarang Amanda ialah you dan Ean ialah I. Got it?”
View All Chapters (Total 17 Chapter)
Update 07 March 2018
2019-02-08
best sangat tp ending sedih...
2018-03-02
bestt..tpi ending dia sedih lah sbb adrean dgn chacha x bersama
2018-02-22
terbaiklah cerita ni, best sangat