COKLAT

A. ZLKHA

Romance Completed 13164
4.6
(16 ratings)

Synopsis

Nawwar hanyalah gadis biasa yang ceria. Hidupnya dikelilingi oleh keluarga yang bahagia. Dan tidak pernah gusar akan pandangan orang sekeliling terhadapnya setelah berlaku satu kejadian yang memalukan di sekolah asalkan dia bersama-sama keluarga tersayang. sebagai seorang gadis, sudah tentu ingin merasa bagaimana mencintai dan dicintai. Apabila kali pertama melafazkannya, hasratnya untuk merasa manisnya cinta tidak kesampaian. Dia ditolak mentah-mentah oleh jejaka pilihan hati. Walau apapun, hidup tetap perlu diteruskan. Dia yakin, lambat laun, akan ada putera raja siap dengan menunggang kuda akan menjemputnya juga. Tarmizi atau Ezzy menjadi bintang pujaan di sekolahnya. Ke mana sahaja lelaki itu pergi, pasti menarik perhatian. Dengan wajah persis model dan susuk tubuh ala seorang atlet sukan, memang mencairkan hati gadis-gadis yang melihat. Namun jauh dilubuk hati, dia kesunyian. Ada sepi yang menjalar di segenap urat nadi. Percaya dan mempercayai sukar untuknya. Cokelat atau sering dieja dengan perkataan coklat berasal dari perkataan ‘xocolat’ dalam bahasa Aztec yang membawa maksud air pahit. Manakala ‘Chocolate’ berasal dari perkataan ‘cocoa’. .Awalnya dieja sebagai ‘cacao’ tetapi akibat kesalahan ejaan, maka terhasilllah nama ‘cocoa’ dan akhirnya nama ini lebih sering digunakan hingga sekarang. Banyak fakta tentang coklat ni tapi yang menariknya lagi, coklat juga mampu mengubah mood seseorang. Pendek kata ia bukan hanya dikonsumi sebagai snek malah ia sebenarnya adalah energy booster yang sangat power. Ia boleh menukar mood seseorang daripada marah, sedih kepada tenang dan gembira. Coklat mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan hormon dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira serta meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Apa signifikan coklat dengan kisah yang bakal aku ceritakan ini? Kau kena baca.


Share this novel

Rate this story


Comments

miss strawberry
2019-06-09 

knp citer best selalu tergantung

Ameermu'min Halimah
2018-06-23 

sambung la lagi........

Ayu Minicrq
2017-09-08 

smbung pliss nak thu jgk khdupan drng sterusnya khidupan di kolej kee plss

A. ZLKHA

15506 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience