Ditinggalkan di sebuah tempat asing ketika usia muda membuatkan dia sering berada dalam ketakutan namun kehadiran pemilik kelab itu membuatkan dia rasa masih ada sinar untuk dia menikmati hidup. Semakin dia dewasa semakin itu dia mengerti. Dylan bukanlah pemilik kelab biasa. Aktiviti pelacuran turut terlibat, pil dan dadah juga tidak ketinggalan. Terhutang budi atas layanan Dylan, dia turut berkeja di bawah Dylan sebagai pelayan. Wang ringgit bukan satu masalah baginya. Poket sentiasa tebal dengan tips yang diberikan oleh pelanggan namun hatinya meronta untuk pergi dari situ kerana dia sedar itu bukanlah kehidupannya. Namun, kasihnya terhadap Dylan membuatkan langkah kakinya terhenti. Hatinya telah dicuri oleh lelaki itu. Dia tersepit antara cinta dan keinginan hati untuk bebas. Tambahan pula Nurin mempunyai misi lain seandainya dia mampu mengorak langkah. Ayah tirinya harus menerima hukuman atas segala penderitaan yang terpaksa ditempuh. Dylan? Tidakkah dia sedar bahawa dia sudah pun memiliki sekeping hati milik Nurin? Nekad membalas dendam, dia mula keluar dari kotak. Meninjau dan melihat dunia luar. Tanpa disangka adanya hati yang terpaut pada Nurin yang setulus hati mencintai Dylan. Tidak dinafikan, Dylan sedar tentang hati Nurin namun jarak usia mereka tidak memungkinkan mereka untuk bersama. Lagi pula, dia bukan orang yang baik. Dylan tidak mahu mengikut rentak Nurin. Cukuplah dia menjaga Nurin untuk lelaki lain yang jauh lebih baik. Ah, siapakah yang akan memiliki Nurin? Mampukah dia membalas dendam terhadap lelaki yang telah menghancurkan hidupnya?
Update 06 February 2025
2025-01-24
tahniah ira bakal dapat baby semoga allah permudahkan segala urusan
2025-01-16
Happy ending...tahniah
2024-05-22 1 Replies
yeeayy happy ending..marathon baca TQ Ira..cerita tak pernah mengecewakan.....semoga dipermudahkan segala urusan Ira...