Masih Belum Terlambat [OG]

mujahidah

Family Series 3618
5
(2 ratings)

Synopsis

#book1 "Aku benci kau! Aku benci gila dengan kau! Aku tak tau apa salah aku dan aku tak tau kenapa kau suka kacau aku. Aku ingat kita ni kawan tapi.... Tak! Selama ni kaulah musuh disebalik selimut kan. Suka kan tengok aku menderita. Suka kan! Dah! Puas hati kau. Apa lagi yang kau nak aku jujur sebelum aku bisukan mulut aku bercakap dengan kau, butakan mata aku melihat kau dan tulikan telinga aku mendengar kata-kata kau." -Zulfa Suara yang kebiasaannya dapat didengari dengan kelembutan oleh Hazieq kini telah naik seoktaf di hadapannya. Bekas tamparan tidak diendah kerana bekas kejujuran yang ditinggalkan lebih pedih untuk dihadap. "Maaf..." - Hazieq ****************************** Apa salah aku? Kenapa diorang layan aku macam aku ni bukan manusia dan tiada hati dan perasaan. Aku tidak minta banyak, hanya secebis kasih daripada manusia yang akan aku anggap sebagai sahabat. Namun aku sedar bahawa segalanya tidak akan kekal termasuklah orang yang aku sayang iaitu mama dan ayah. Air mata dikesat dan hirupan udara diambil untuk hembusan keletihan dengan sikap manusia yang berbagai karenah. Air mata dikesat dan hatiki mula berkata, 'Syu, Aina, Ain, Kimi, Abang Luth, Abang Luthfi Mama Ayah. Mereka semua ialah manusia yang tidak akan kekal selamanya dengan aku. Sampai masa pasti Allah SWT akan memisahkan antara kami. Cuma cara perpisahan yang aku tidak mengetahui sama ada baik atau buruk. Sekarang kau kena bangun dan hargai setiap apa yang ada, tapi ingat pesan Kak Hidayah....' **************** Sahabat menyapa untuk melukakan hati. Orang yang rapat disangka memberi harapan. Meminta kasih manusia tidak akan pernah dapat untuk kekal. "Mintalah kasih sayang-Nya. Pasti adek tak akan terluka selamanya.Hapuskan air mata adik untuk abang ye."


Share this novel

Rate this story


Comments

Munawwarah Ali
2021-04-01 

tiada manusia yg sempurna.. teruskan menulis.. :)

aleyafarz
2021-03-31 

best!!

mujahidah

4 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience