"Yang sebenarnya dan dengan hati tulus yang ikhlas saya sukakan awak Nur, saya sayang dan cintakan awak daripada hari pertama saya jumpa awak semasa sesi temuduga lagi, hati saya berdebar-debar bila melihat awak buat pertama kali, tetapi saya buang jauh-jauh rasa itu, mungkin mainan perasaan, tetapi perasaan itu tak hilang, tetapi semakin bertambah rasa sayang dan rindu ini. Saya tak pandai untuk bermain kata-kata manis tapi saya pasti dengan niat saya yang satu ini tanpa ada rasa ragu-ragu. Dan malam ini, saya Abqaree ingin melamar awak Nur’ Ain Syahirah binti Abdullah menjadi suri hati dan juga peneman hidup yang halal bagi saya dan biarkan saya menjadi Imam untuk awak. Saya tak kisah tentang asal usul dan latar belakang awak Nur sebab saya boleh menerima awak seadanya sebab bagi saya awak tiada cacat cela dan begitu sempurna di mata saya. Percayalah, saya akan membahagiakan awak selamanya. Itu janji saya untuk saling berkongsi kasih dengan awak dan awaklah yang akan melengkapkan hidup saya dan mengisi kekosongan saya di sini di hati saya.”
View All Chapters (Total 15 Chapter)
Update 07 March 2018
2019-11-14
bestt
2018-10-12
wah bestnye
2017-09-15
best