"Baaaa!" "Astaghfirullahal'adzim! Agak-agak la bro. Aku belum nak mati lagi la!" Ain Salsabila memarahi Aniq yang sedang terbahak-bahak ketawa. "Eh... Eh... Kau tau tak macam mana rupa kau termenung tadi? Macam ni haa..." Aniq mengajuk cara Ain Salsabila termenung. Wajahnya dimuramkan dan nampak sedikit sedih. Buruk sangat rupanya. "Apa yang kau sedihkan?" Aniq bertanya apabila melihat Ain Salaabila diam. "Sibuklah kau!" Ain Salsabila terus pergi ke dapur. Niatnya ingin membantu Nek Kiah. Namun, belum sempat kakinya melangkah, terdengar suara seorang perempuan memberi salam. Ain Salsabila kenal suara itu. Cepat-cepat dia menuju ke arah pintu rumah. Zafrina! Terus sahaja dia memeluk sahabat barunya itu. Sayang sangat.
View All Chapters (Total 12 Chapter)
Update 07 March 2018
2017-12-13
knpa tergantung....nk sambungan please
2016-10-02
Cerita cam tergantung