Lang Syne

crystalixle

Romance Series 430
5
(2 ratings)

Synopsis

Dunia yang wujud di balik layar buku adalah sebuah imaginasi yang terhasil dari kreativiti seorang manusia bergelar penulis. Aku tidak pernah mengambil peduli dengan lebih mendalam tentang keperibadian watak atau menghayati jalan cerita yang dipamparkan Sebaik sahaja perkataan "The End" kelihatan, nilai buku itu berakhir buatku. Waktu untuk aku mencari bahan bacaan yang seterusnya. Tidak aku tahu aku bakal menyesali sikap sambil lewa tersebut. ...................................................................... Saat mata dibuka, dunia yang aku kenali menghilang diganti dengan situasi di mana aku harus membawakan watak yang selama ini hanya kulihat melalui perkataan yang tertulis. Dalam sekelip mata aku menjadi Aera Marshall. seorang gadis kaya yang dimanjakan dari kecil di dalam webtoon popular tahun ini iaitu ( Becoming Cold Hearted Ceo President Lover) Watak yang dibawakan oleh aku hanyalah watak sampingan. Lebih tepat, salah satu watak yang menghalang hero dan heroin webtoon ini dari bersama. Aera Marshall, bekas teman wanita pameran utama lelaki Andai saja cerita ini berakhir di " aku bersyukur dipertemukan dengan lelaki sebaik XXX. Semoga hubungan kami berkekalan selamanya dan sentiasa direstui. The End" tiada apa yang bakal aku bantah walaupun tugas aku hanya untuk dimalukan atau dimaki supaya mereka berdua dapat disatukan. Tapi apa semua ini? Koma selama tujuh tahun? bangun semula hanya untuk melihat bukan manusia sahaja yang mengisi alam ini? Manusia dengan segala kekuatan istimewa muncul satu persatu? Perang diantara alam dengan manusia di tengah? dan... "you were wrong" " The story..you were wrong. I promise even in different dimensions, even in different time I will found my way back to you." " We finally meet again, Aera."

View All Chapters (Total 6 Chapter)
Update 27 September 2021


Share this novel

Rate this story


Comments

Anis Insyirah
2021-09-27 

Keep it up dear

crystalixle

12 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience