*Derita itu milik aku* Gelap dan sejuk aircond di dalam kereta itu mencengkam jiwa. Dia masih tidak faham dengan keputusan yang dia ambil. Dia sudah berhenti berfikir sejak dari melangkah masuk ke dalam kereta 5 jam yang lalu. Sewaktu dia berada di dalam perut kereta untuk menuju ke destinasi, dia sudah tekad. Dia sudah menyerahkan kepada takdirnya. Dia tidak pasti ini adalah CINTA atau tanggungjawab, tapi dia sudah tekad. Tiada lagi kompromi. “Betul ke kau nak kahwin dengan aku? Dah habis fikir ke?”, Si lelaki itu bertanya lagi. Suaranya keras “Kalau kau kahwin dengan aku sebab nak duit aku, kau SILAP. Aku belum bodoh lagi,” wajah kacaknya terserlah di sebalik lampu jalan itu. Si gadis itu masih mendiamkan diri. Jelas kelihatan dia sangat tenang. “Aku tak akan suka kau, aku akan kahwin dengan pilihan mama aku. Aku cuma boleh buat kau gundik halal aku. Kau cuma akan jadi alat pemuas nafsu aku. Kau ok ke?”, lelaki itu bertanya lagi. Kali ini suaranya lebih keras. Perkataan “nafsu” itu di tekankan. Gadis itu diam lagi. Kelihatan dia meramas tangannya sendiri. Sesekali kelihatan dia meraup wajahnya. “Kau cantik dan jelita. Kau tak rasa rugi ke terperangkap dengan aku. Aku nak kau tahu yang taraf aku memamg takkan sama dengan kau. Kau boleh fikir lagi. Aku kasi masa sejam lagi. Lepas ni takleh pusing balik lagi,” Lelaki itu berkata lagi “Saya tak perlukan masa lagi. Saya setuju dengan perkahwinan ini. Apa apa yang terjadi, saya akan bertanggungjawab dengan diri saya,” kedengaran suara gadis itu perlahan tapi yakin. Lelaki bersuara keras itu memandang gadis cantik di sebelahnya. “Aku tak nak tanya kenapa kau setuju kahwin dengan aku, aku malas nak fikir. Tapi selepas kahwin, kau cuma gundik aku. Aku tak nak anak dari benih kau. Kau kena faham tu..faham betul betul. Takde perjanjian hitam putih, tapi kalau nak tengok syaitan aku, try lah buat aku marah,” tegas suaranya. Gadis itu diam, suara lelaki itu kedengaran sedap di telinganya. Suara sedap, wajah kacak, karisma. Aku cintakan kau sungguh, detik gadis itu. Kalau perkahwinan ini menjadikan aku bodoh kekal, aku sanggup, gadis itu berkata di dalam hatinya. Dan cerita itu bermula di situ.
View All Chapters (Total 89 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-12-07
Donated 200 nCoins - Yeay. Happy ending
2024-11-13
alamak...dah tak free untuk dibaca.....?apapon..berbaloi kalau d buat ciksyid...
2024-07-25
ada terbit dlm cetakan x novel ni.. mcmna nk beli ye