SETULUS CINTA PUTERI ARABELLA

senorita

Romance Completed 840340
5
(6569 ratings)

Synopsis

Menjadi isteri kedua bukan impian namun ianya telah terjadi begitu sahaja kepada Puteri Arabella Iskandar seorang gadis muda yang berusia 21 tahun masih lagi merupakan pelajar tahun akhir pengurusan Akaun. Dia kehilangan kedua orang tuanya ketika dia berumur lapan belas tahun. Selepas pemergian kedua orang tuanya itu dia pula dijadikan sebagai anak angkat kepada kawan karib ibunya iaitu Karmila seorang wanita yang hebat punyai dua orang anak seorang perempuan dan lelaki. Puteri Arabella dianggap seperti anaknya sendiri dan dia juga begitu menyayangi gadis cantik yang persis berketurunan timur tengah itu. Demi sebuah persahabatan dan ikatan perjanjian serta balas budi yang telah tersimpul antara kedua orang tua Puteri Arabella,Karmila menyuruh anaknya Karl Eusoff menikahi gadis dari sahabat karibnya itu. Tetapi dijadikan sebagai isteri kedua kerana Karl Eusoff sudah pun bernikah dengan seorang model terkenal iaitu Tania. Menolak dan pasrah itulah yang keduanya rasai. Puteri Arabella dinikahi namun tidak di layan selayaknya kerana Karl terlalu mendambakan cinta isteri pertamanya. Di dalam cerita kisah Setulus Cinta Puteri Arabella ini akan kita lihat bagaimana isteri kedua yang selama ini dianggap perosak kebahagiaan orang lain mampu membolak balik kan fakta itu,kerana bukan semua yang kedua itu adalah perosak rumahtangga orang lain kerana semua itu lahir dari hati masing-masing. Adakah cerita ini bakal mencetus kemarahan pembaca atau sebaliknya,penulis bukan seorang yang sukakan poligami dan pelakor tetapi kerana bukan semua poligami itu bukannya tidak baik tetapi ianya atas dasar hati seorang dan keadilan serta kemampuan seorang suami. Cerita ini akan menggarapkan kisah isteri kedua yang tidak seistimewa isteri pertama kerana dia bukanlah isteri yang dicintai melainkan keterpaksaan menerima kehadirannya namun semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Kita lihat sejauh mana kisah hidup Puteri Arabella dan Karl Eusoff dalam menjalani hidup poligami adakah penuh bahagia ataupun airmata. Semoga pembaca akan bisa menilai dengan baik tentang cerita ini. Cerita ini hanya untuk renungan sahaja dan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa,hanya sesuai dengan hati penulis sahaja kerana menghasilkan cerita ini tidak semudah membaca kisahnya,perlukan hati yang kuat dan pemikiran yang wajar. Maaf sekiranya akan melukai hati sesiapa dan cerita ini hanya untuk hiburan sahaja kerana Senorita hanya ingin keluar dari kotak pemikiran yang datar dan beralih kepada cerita yang wajar untuk semua. Semoga bijak memilih bacaan dan maaf sekiranya tidak menepati citarasa pembaca nanti.... UNTUK BACAAN DEWASA,..


Share this novel

Rate this story


Comments

KeladiBunting
2023-10-19 

baru nak repeat, dah unlock .. kikiki xde rezeki nk bc free lg...

shiedah
2023-09-15  1 Replies

xnk dibukukan ke sis cerita ni...sbb best sangat

Nor Azizah
2023-06-11  1 Replies

assalamualaikum.dah guna coin ke...????

senorita

883 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience