Kenapa perlu mencarut?

Tarbiah3

Crime Completed 1490
4.8
(12 ratings)

Synopsis

Mencarut hari ni seakan di anggap “biasa”. Bahkan, ramai orang yang guna perkataan yang berunsur carutan sebagai medium penulisan, percakapan dan sebagainya. Bukan tu je, ramai yang rasa mencarut tu lambang kehebatan, lambang ke”cool”an, lambang kemachoan dan sebagainya. Tapi hakikantnya, takdelah cool mana. Serius, langsung tak cool. Tapi, apakan daya? Sekarang, budak sekolah rendah seawal darjah satu (ulang “darjah satu” ni 10 kali) dah pandai menggunakan bahasa kesat, bahasa kasar, mencarut, kata-kata lucah dan sebagainya. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, hatta golongan bekerja dan pencen pun, masih ada yang menjadikan carutan tu sebagai medium percakapan. Kadang-kadang, mencarut tu dah jadi macam “zikir” bagi sesetengah orang. Amat mudah lidahnya nak mengungkapkan kata-kata yang kesat akibat dah terlalu biasa. Sampai gurauan sesama kawanpun nak mencarut. Nak melawak konon. Atau kononnya dah biasa. Apakah? Apakah semua ini wahai kawanku? Sedih tengok budak kecik-kecik dah pandai guna perkataan kesat. Apatah lagi yang besar. “Mak kau babi!” “Mak kau sial!” “Pantat kau bangang!” “Mak bapak kau bodoh macam kau!” “Bapak kau tak bayar zakat!” “Mak kau pelacur!” “Bapak kau gila seks!” “Kau ni perangai serupa babi la!” “Lahanat kau cilaka!!” “Apa ke bodohla si sengal cibai ni? Otak kau letak mana ha bahlul??” “Perangai serupa iblis la kau ni! Muka dahla macam taik!” "Nak kata babi, muka macam anjing..." "Fuck you.." "What the fuck!" Dan sebagainya. Maaf. Sungguh, saya minta maaf sebab tulis contoh-contoh ayat tanpa lapik. Saya nak korang nampak. Ye, saya nak korang nampak bahawa ayat-ayat di atas hakikatnya memang REAL di sebut oleh orang ramai sesama mereka, hatta budak kecik… Ya, budak kecik!!! Uh… Wallahi. Saya rasa sangat pedih, sedih, sakit, dan pilu bila fikir benda ni. Adakah korang rasa benda ni NORMAL? Adakah korang rasa benda ni cool? Nampak gah? Nampak berani? Nampak hebat? Nampak mulia? Nampak macho? Demi Allah. Langsung tak!


Share this novel

Rate this story


Comments

The Sisterz
2020-12-16 

saya suka perkongsian ini. saya sebenarnya nak minta untuk copy yang ada dalam ni. itu pun kalau boleh lahh

NQSM
2020-09-12 

terima kasih sebab kongsi info ni...hope penulis selalu dirahmati allah

Amirah Syazwana
2018-11-30 

saya suka perkongsian ni..sebab ia buat kita semua sedar.Harap lepas baca ni,semua orang atas dunia ni takkan mencarut..tapi saya tak boleh halang kalau mereka nak mencarut jugak..sebab mereka ada mulut sendiri..Btw,saya suka perkongsian ni..saya harap penulis sentiasa dirahmati Allah...:D

Tarbiah3

39 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience