Isteri Sementara

Nurriel Anuar

Romance Series 37239
4.8
(203 ratings)

Synopsis

Gara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menjadi isteri lelaki itu. Kerana satu peristiwa yang terjadi antara dia dan Firman, Fazliatun terus dibenci oleh suaminya. Hubungan mereka terus retak angkara Nauri dan fitnah yang dilontarkan pada Fazliatun. "You tunggu ajelah I bernikah dengan Nauri. Masa tu, you boleh berambus dari hidup I. I tak nak tengok langsung muka you -Tengku Fazrul Shah. "Cinta saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Biar berjuta pun duit yang encik ada, tak akan boleh ditukar ganti dengan cinta saya. Sebelum saya halau encik, lebih baik encik keluar sekarang. Berambus!" - Fazliatun. Biar sebanyak mana pun kata maaf lelaki itu padanya, tidak akan dilayan. Hatinya sudah mati. Apatah lagi, dia tidak pernah menaruh cinta pada Tengku Fazrul Shah. Dia tekad untuk berpisah sebaik sahaja lelaki itu bernikah dengan Nauri. Kuatkah dia menongkah arus kehidupan ini tanpa seorang suami di sisi? Bagaimanakah nasib mereka kelak? Semuanya urusan Allah. Jika Dia berkehendak, apa sahaja boleh berlaku. "Maafkan Tun, abang! Bangunlah! Tun banyak salah kat abang. Tak terhitung dosa Tun ni. Ya Allah, Kau selamatkanlah suami aku! Aku tak sanggup kehilangan dia." Meraung Fazliatun kerana kemalangan yang menimpa suaminya. Dalam sekelip mata tanpa dia sangka, kasihnya buat lelaki itu mulai bercambah. Tak sanggup dia melihat suaminya terbujur kaku di atas katil. Semoga kasih mereka terus bertaut dengan kuasa Allah.


Share this novel

Rate this story


Comments

Azitul
2023-03-29 

cerita bes tapi x ada sambung an lagi ker

halimatun nur
2022-08-28 

bila nk update..lama dah tunggu ni

Annie Ali
2021-10-17  1 Replies

jln cerita dh best tp xtau apa kesudahannya yg terjadi pd fazliatun.

Nurriel Anuar

150 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience